Thursday, May 20, 2010

soto selangka, pgedil kentang...


kira ok juga soto nih, cukup dah rencahnya...cuma belum siap bawang goreng n suun goreng ...cili kicap...esok jer tumbuk...dah malam nih. Nasi empet...sok bole siapkan/mihun...pejam mata bole siap...magic larrr!
...
pgedil kntang?...aduhai...ada sebiji jer kntang yg tinggal...bila lak aku peghabih ? sok kna singgah gerai soto kat simpang tuh, bli jer yg dah siap!

resipi...sok jer aku tempek..., mcm nak merehatkan/meluruskan sendi2...
sambil santai baca novel lagiii...hehehehhei

selamat malam...moga esok lbih baik dr hari ni...
Insyaallah
...
nnti, UMI tempek pic

Wednesday, May 19, 2010

salam, salam santai







untuk beberapa n3 mendatang... rasanya kena santaikan minda, santaikan telinga, santaikan mata...tapi banyak gak yg masih dalam kerangka nak buh n tempek yg bagus2...minta bantuan anakanda2 hamba...moga cikgu adham n cikgu syahir sudi jadi cikgu pada Umi...salam paling manis dr selatan semenanjung...buat cikgu2 sekelian...jasa kalian dikenang sepanjang zaman...moga jadi guru cemerlang gemilang n terbilang :)








*sumber pic: internet
...
dedikasi juga ucapan selamat hari guru buat:

cikgu Zakiah: ustzh Khanifah
ust Bahroini :ust Zahari: ust M Bahrin
ustzh Noor 'aini: ustzh Zawiah :cikgu Zainon
ustzh Bidayana: ust Mohd Khalil Munawwar
ust Azizan: cikgu Nurmiratul Waheedah

Monday, May 17, 2010

the story of goose...TEAM WORK


In the fall when you see geese heading south for the winter flying along in the "V" formation, you might be interested in knowing what science has discovered about why they fly that way. It has been learned that as each bird flaps its wings, it creates uplift for the bird immediately following. By flying in a "V" formation, the whole flock adds at least 71% greater flying range than if each bird flew on its own...

People who are part a team and share a common direction get where they are going quicker and easier, because they are travelling on the trust of one another and lift each other up along the way.


Whenever a goose falls out of formation, it suddenly feels the drag and resistance of trying to go through it alone and quick gets back into formation to take advantage of the power of the flock.

If we have as much sense as a goose, we will stay in formation and share information with those who are headed the same way that we are going.


When the lead goose gets tired, he rotates back in the wing and another goose takes over.

It pays to share leadership and take turns doing hard jobs.


The geese honk from behind to encourage those up front to keep their speed.

Words of support and inspiration help energize those on the front line, helping them to keep pace in spite of the day-to-day pressures and fatigue. It is important that our honking be encouraging. Otherwise its just -well honking!


Finally, when a goose gets sick or is wounded by a gunshot and falls out....two geese fall out of the formation and follow the injured one down to help and protech him. They stay with him until he is either able to fly or until he is dead, and then they launce out with another formation to catch up with their group.

When one of us is down, It's up to the others to stand by us in our time of trouble. If we have the sense of a goose, we will stand by each other when things get rough. We will stay in formation with those headed where we want to go...
...
The next time you see a formation of geese, remember...

IT IS A REWARD, A CHALLENGE AND A PRIVILEGE to be a contributing member of a TEAM.

Friday, May 14, 2010

makan lagi...TQ kak M






...
...
baru jer pas makan...pai tee, puding cocktail...
b fast, tajaan kak M jugak...makan capati, ...depo makan puri boom, tosai..., teh o, teh tarik..
dinner...sndiri arrr
...
Kak M...
Muga murah rezeki, bahagia ngn famili...kita jumpa lg...
jngn lupa menu special utk kami...nasi ayam...heheehe

mari kita lbih khusyuk dlm solat


...
usaha tambahan bagi mendapatkan KHUSYUK:
[jika semua bntuk dosa utama telah dipastikan tiada, kita berikan tumpuan perkara2 berikut untuk menambahkan lg peluang khusyuk:

KAEDAH LUARAN:

1) menggunakan sejadah yg tidak terlalu bnyak gmbar yg akan mengkhayalkan pemikiran. Jauhi juga menghadap apa2 gambar atau tulisan yg menarik perhatian utk dilihat dan dibaca. Seelok2nya solat menhadap dinding.

2) mengurangkan pergerakan anggota2 spt tangan kaki dan tumpukan mata ke tmpt sujud

3)Ditegah bersolat dengan pakaian yg ada gambar...berwarnawarni, bertulis lukisn dan lain2 kerana ia juga mmbuat org lain hilang kekhusyukkan ketika berjemaah.
4)mengambil wuduk dengan tenang dengan sempurna.

5)membaca isti'azah dlm hati ketika terasa minda tidak fokus kepada solat.

6)Jangan solat dalam keadaan terlalu lapar, ingin membuang air kecil atau besar

7)meletakkan sutrah- penghadang, di hadapan tempat solat agar tiada orang yg lalu lalang di hadapan

8)mendirikan solat pd awal waktu supaya tidak gopoh ketika masa hampir luput.

9)mendirikan solat secara berjemaah(bg lelaki)

10)azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mndirikan solat bersendirian ataupun sekurang2nya iqamat sahaja

11)jauhi dpd solat di tmpt yg bising dan hingar bingar

12)menjaga mata dpd melihat pkara2 yg terlarang oleh Islam
...
KAEDAH DALAMAN

1) Lazimkan bertaubat sekerap yg mampu
2) Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan2 amat hampir dgn kita serta menganggap solat tsbt merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yg terbaik
3)Membaca dgn baik(husnul Qari'ah), berusaha utk memahami, mengerti bacaan dlm solat termasuk ayat2 al Quran yg dibacakan itu terutama sekali al Fatihah, serta maknanya.. ini kerana bacaan2 dlm solat mengandungi banyak makna yg halus yg patut difahami oleh org yg melaksanakannya.
4)Mempelajari tatacara solat berasaskan dalil dan pandangan ulama, agar kita dapat merasakan hampirnya kita dengan Nabi dan dapat merasakan kesempurnaan solat
5)Menghadirkan rasa sedang berhadapan dengan Tuhan sekelian alam iaitu ALLAH s. w.t dan Allah sedang memerhatikan kita-seluruh gerak geri hati dan luaran kita

6)Timbulkan rasa malu (al-Haya') terhadap Allah s.w.t rasa takut(khauf) terhadap azab Allah yg pedih
7)Kumpulkan fikiran kita kpd dosa2 yg kita lakukan, walaupun ia dilakukan sewaktu kita kecil, hinakan diri dihadapan Allah s w t rasakan kita tidak layak sama sekali utk ke syurga-Insyaallah ia mampu menitikkan air mata jika dibuat dalam keadaan yg hening dan penuh penghayatan.

8) Berharap serta yakin( optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

9) Hati diajak hadir/ikut. Kehadiran hati dlm solat iaitu mengosongkan hati dpd segala urusan yg boleh mengganggu dan yg tidak berkaitan dengan solat.

walauapapun, syarat khusyuk yg paling utama ialah kemantapan iman dlm diri terhadap Allah s w t. Oleh itu berusahalah utk mengenali Allah dan memperteguh keimanan kpdNnya. Sebenarnya khusyuk di dlm solat adalah bermula dpd khusyuk di luar solat...kalau di luar solat hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah utk khusyuk di dlm solat

petikan: buku 'formula SOLAT sempurna

ust. Zaharuddin Abd Rahman

Wednesday, May 12, 2010

ulangtahun...kehilangannya


...

...

dia pernah singgah di sini...mendapat kasihsayang yg tak terbatas...dah agak dewasa dah...dan dia dah pandai bawa diri... aku tak dapat menyaksikan dia dan keletahnya masa kecil...dan se waktu2 dia gemar mengintai2 si gebu sebelah rumah, slalu sahaja kena penangan pehak lawan, kena hambat sehingga bermeter2 jadi pelari marathon..pernah sekalisehingga jauh ke kebun jiran di seberang jalan...
...
dan petang itu sewaktu aku sampai rumah...dia tiada..bila ku cari2...kakk ku mmberitahu...baru sbentar tadi ada dalam rumah...namun kehilangannya...terus ke hari ini...tak balik pun dia...hingga hari ini, dah setahun dia hilang....

dia si Kuning kucing jantan ku...kuning ada belak putih...tapi panggil ning' -nama kekampungan' yg sinonim sgt ngn kucing(tapi kucing kawanku nama raudhah'-betina hitam sehitam2nya :0)
...
*skadar hiasan..., pic dr internet

khas utk Eijay...hepi besday



pilih lar yg mana potong n suap...
*kredit utk 'sweet ummi bakery'...skudai Johor

mari makan KEK




...
kita makan MU...kek
birthday Ejay...makan kek MU...
....
ampun! ada yang marah erk?

Monday, May 10, 2010

filter oren

...
...
ttiba macam suka sangat warna oren: agaknya mataku pakai filter oren...yg pasti filter paper yg aku guna warna putih...apa2 ajer larr






pic 2 tmpat yg berbeza dlm aura warna yg sama: area yg terlibat ngn valcano di iceland n

senja di KUALA LUMPUR...

Sunday, May 9, 2010

penerbangan tak diduga....


Bila kita akan berangkat dari alam ini, ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara. Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosour penerbangan, tetapi melalui al Quran dan al Hadith... di mana penerbangannya bukannya melalui Air Asia, atau air jordan dll... tetapi Al jenazah.

Bagasi atau bekalan bukan lagi seberat 20kg atau 23 kg, tetapi amalan yg tiada caj lebihan berat, hanya ianya atas kesudian Pencipta kita.

Pakaian yg dipakai bukan lagi berjenama spt pierre Cardin atau setaraf dengannya....tetapi kain putih cotton. Pewangi nya pula bukan Channel, bukan Este Lauder...tetapi air mawar dan cendana.

Paspot kita bukan lag pasppt Malaysia, British atau Amerika, tetapi Al Islam...Visa kita bukan lg 6 bulan tapi Lailahaillallah..pelayannya bukan pramugari jelita tapi Izrael dll...dalam penerbangan ini tidak ada std ekonomi class atau biz class...destinasi pendaratan bukan lagi KLIA, Heathrow airport, atau Jeddah international....tetapi tanah perkuburan, di mana ruang menuggunya bukan lagi bilik aircond berpermaidani ...tapi bilik 4x6 kaki yg gelap gelita..lagi panas.

pegawai imegresan nya adalah munkar dan nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yg diidamkan, tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan ...lapangan terbang transitnya adalah barzakh..destinasi terakhir nanti samada Syurga yg mengalir sungai di bawahnya, atau neraka jahannam...

Penerbanagan ini tidak dinyatakan nilainya, ianya percuma, jadi simpanan (saving) anda tidak akan dihabiskan, penerbangan ini tidak akan di rampas, oleh itu tak perlu bimbang.

Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tidak perlu risaukan masalah alergi atau halal haramnya. jangan risaukan delay...penerbangan ini sentiasa tepat waktunya. Ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
...
jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan-anda telah hilang selera utk bersuka2...Jangan bimbang tentang tempahan , ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu...
Berita baik, jangan bimbang siapa yang duduk disebelah anda, anda satu2nya penumpang penerbangan ini, oleh itu begembiralah selagi boleh dan sekiranya anda boleh...hanya ingat penerbangan ini dtg tanpa amaran cuma ingat nama anda telah cnfirm' dalam penempahan...

nasi minyak...bunga telur...

...
...


JJCM...dapat lagi nasi tapau bawak balik...ada telur pindang, dah ngap dulu

selamat pengantin baru: Amin n Zety
...

tengok betul2...ada ayam goreng, acar, muffin...
rendang daging kerbau...krepek,....
bunga telur....*tiada dlm gmbar


hampir serupa tapi tak sama


saksikanlah...n cari perbezaanya
*ngn pic yg kat bawah tu-tahu bakar...
nie rojak petis,
ada 1-kangkong 2- timun 3- sengkuang 4- nenas....5-tahu
kuah rojak kena ada otak udang a k a petis...
cara makan sama... :)
...
*dah tak larat nak geram kan?
*sat lg, rasa2 dah tepu geram...sbb lg menggiurkan...tunggu naaa...hahahaha
....
*zai...tq pinjam pic...depo tak leh p dapuq zai..nnt suma pakat geram...payahhh

Saturday, May 8, 2010

kudapan petang nie...

tahu bakar


4 keping tahu- bakar dan ketepikan


100 gm taugeh -celur ngn air panas

timun-setengah-potong nipis

sengkuang ikut suka


bahan sos:

*3 cmb gula merah- gula melaka

*1 cmb gula pasir

*3 cmb air asam jawa

bijan disangai

kacang tanah tumbuk kasar

...

leburkan semua bahan ber* bila hampir kering taburkan bijan, biarkan pekat sbb nnt akan cair bila di campur timun n sengkuang

potong tahu kecil2 dan tuangkan sos taburkan kacang tanah dan susunkan timun dan sengkuang tadi...atau gaul juga bolelar labu....

hehehhee


jemput merasa...silakan...
kredit: mama's fotopage
cmb=camca besar
cmt=camca teh

penutup: bukan cinta biasa


learn together
...
walau seteruk mana pun kerenah pasangan kita, belajarlah menerima dia seadanya. Bersabarlah dengan sikapnya kerana diapun hakikatnya sedang belajar bersabar dengan kerenah kita. Jangan marah jika dia tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki kerana kita juga hakikaktnya tidak berubah mengikut apa yang kita sendiri kehendaki .

Kita tidaklah setabah siti Hajar dan pasangan kita tidak sebaik Ibrahim...namun setidak2nya kita mengakui dan sentiasa mencuba utk bersabar dengan peneguhan kata 'kerana Allah'...Ingatlah, ragam, erenah dan tabiat pasangan kita bukan semuanya utk diselesaikan....seperti juga masalah lain ada yang tidak dapat diselesaikan dan kena hidup dengannya...selamanya...kenapa yer...

Allah takdirkan begitu sebagai saluran kita merintih, merayu dan bergantung kepadaNYa. Allah pasangkan sedemikian supaya saling dapat merintih kepada Allah dalam menghadapi kerenah masing-masing. Allah menguji dia melalui kita....Inilah yg dapat dipelajari dpd cinta dan sabar dalam berumahtangga Nabi Ibrahim a.s dan isterinya Siti hajar...sesungguhnya cinta mereka bukan cinta biasa...
......

*sabar...kesabaran itu dekat dengan iman, ...separuh dari iman...dan dalam iman itu tersemat roh kalimah "kerana Allah"...Sesusungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar.
...
*cantik n damai...sudut itu tmpat Tulip bersantai...salamat bersantai....dan sabar...dedikasi buat Tulip nan sorang...hehhehee :)- mula perasan lar tu....

bhgn akhir:Bukan Cinta Biasa..

itu kisah sejarah Agung'... dan kini di mana kah...letaknya cinta itu...jika kadar perceraian semakin bertambah, keretakan rumah tangga...semakin ke tahap pecah belah...tidak ada sehidup semati, mati sendiri2 lagi...tidak lagi hidup bersama...mati berdua....*
...sebaik musim bulan madu berlalu, maka terhakis sedikit demi sedikit cinta di hati...suami jemu dengan kerenah isteri dan isteri bosan dengan tingkah suami...tak berubah-ubah macm tu juga...

akhirnya ...perceraian tak dapat dielakkan lagi...

mengapa ini berlaku?...jawabnya kerana dalam hati suami isteri tiada perinsip kerana ALLAH.

Rasa syak wasangka, marah melulu, kecewa, jemu, jeran...dan berbagai lagi...mula bersarang di dalam hati...'bukan kerana ALLAH, lebih'... mendominasi di sanubari suami isteri...semakin lama terserlah segala kelemahan dan kesilapan...demi kesilapan..kesalahan kecil mahupun yg besar2...

awal mula cuba bersabar...demi cintaku padanya: cuba2 dipujuk hati, hari demi hari, bulan berganti tahun menjelang, masih gitu2 juga...
suami pulang sampai jer muka pintu sambutan muka asam cuka, keluhan dan leterean bermula tak der lg salam berkucup tangan..berkucup dahi, tiada lagi wangian dan perfume'..tiada lagi jawapan slam yg sopan...,
pernah suami menegur pnuh hikmah, berkias madah ...berperlembagaan...namun isteri buat tak tahu...kerana di hatinya ada dendam... dia sahaja yang inginkan aku berubah....dia tak mahukah berubah...umpama raja hnya memerintah....aku umpama abdi sahaya...aku lah yg buat segal2nya:....membersih mengemas...membasuh memasak...mengasuh...melayan....1001 lg mcm , ...aku sahaja..gerutu si isteri.
Kau tidak pernah berubahwahai suami...suami2...yg di luar sana....:)))
pakaian bersepah, tingkahmu...jauh dari yg ku knal dulu...pantang ditegur...egomu meledak ...kau semakin bungkam dan bisu...ketika aku ingin meluahkan rasa hati..., dan perlukah aku meluahkannya lagi...kalau kau seakan TULI....
Jiwa yg kcil mula mmbesarkan yg remeh...apatah lagi masalah yg memang besar...pabila di hati sudah tiada kerana Allah...rumahtangga semakin goyah...
...
penutup tunggu dulu...
nak k dapur...
tahu bakar tunggu utk siap...

sambungan: bukan cinta biasa...

Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya kerana Allah, maka tenanglah hati si isteri, tak muncul ucapan lain...dan kepastian itulah yang mahu didengarnya...kerana ALLAH...sedangakan kalau dilihat situasi di masa itu...padang pasir yg tandus, panas terik... dan jauh dari sesiapa...namun Siti hajar tetap dengan keyakinanya: Tuhan pasti tidak akan mengecewakannya, suaminya tidak akan menganiayainya...
...
ramaikah antara isteri-isteri yang setabah Siti Hajar....
...
Bertemu kerana Allah, berpisahpun kerana Allah..., tradisi dalam cinta para solihin. Iktibar utk mengekalkan cinta dalam rumahtangga, ambillah ia sebagai teras dan asasnya...jangan ada yg lain. kerana yang lain itu akan menggugat cinta itu walau seteguh mana janji dimetrai...
Buatlah apa sahaja kerana Allah...Lurus, tulus dan telus jangan ada belok dan bengkok...

adaptasi: ms 46...majalah solusi no 18.

soal cinta: Bukan Cinta Biasa

...
dipegang jubah suaminya. matanya yang jernih merenung sayu. "Apakah ini kerana Allah?" tanyanya hampir berbisik.
"Ya, wahai isteriku. Semua ini kerana Allah," jawab suaminya lalu segera berlalu. tanpa menoleh tanpa berpaling...
...
mendengar jawapan itu, Siti Hajat tidak berkata apa2 lagi, mata dan hatinya meghantar suaminya Ibrahim a . s berlalu pergi. Tega dan reda. Kalu suami ku bertindak meninggalkan ku kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim

...
Jangan disangka hanya SitiHajar yang menderita ditinggalkan, tetapi bayangkan juga derita sang suami yg meninggalkan...kadang derita yg meninggalkan lebih perit dan pedih penangungannya daripada yang ditinggalkan, namun apalah pilihan Ibrahim...

bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa.

to be continued...

*ada kata2 hikmat dpd kawan...sedih yg meninggalkan sedih lagi yg ditinggalkan...sedih..., derita lain larr...yg meninggalkan lebih derita...iyer ker yop?

*kredit: Ust Pahrol...minta izin copy n gubah, tajuk ni best sgt....jngn saman yer!

tajuk : CINTA

salam...
n3 kali ini bukan takat bertajuk cinta...tapi tajuk besar tu akan ada urutan dalam 2 3 tajuk kecil lain...:

1) bukan cinta biasa

2) Antara Dua Cinta

3) Menjana Cinta Suami Isteri

ehhhhhh...mcm pernah baca dah yer...tak perr, teruskan baca para bawah nuuu

...
tajuk ni masuk jugak...

1) zero kpd HERO

2)Lontarlah Syaitan di hatimu

3)Merawat marah

4)Dekat dgn ALLAH

5) Kesan sujud pada jiwa
...
nak buh kat halaman tepi...tengok tau!!! jngn blog roll jer...

1)...hari kebangkitan

2)Amalan yg sia2

3) Titian sirat

fuhhhhhhhhhh..............tajuk2 tu kan kome dah jumpa yer?

bacalah majalah SOLUSI isu No 18

....

*baca jngn tak baca...baca majalah..baca buku...book...facebook...book jugak
hehheee :0
* Yop...baca yop baca...karang Isyraf tanya....

tahu bakar

...



cadangnya nak buat tahu bakar, kalau rajin...keluar k pekan nnti beli tahu yg fresh dr kilang nak beli air soya juga[suma aku teringin...ohh..pasti,cnfirm...bukan mengidam...hehehhe]kilang ni org Islam punya dan aku knal pun dia...Insyaallah...aku akan tempek pic nnti. Apapun sepagi ini aku nak membaca....jom membaca!!!
...
resepi kemudian...
ambik feel dulu...hehehe...jahatnya

Friday, May 7, 2010

mi hun spore

sebungkus mi hun...sekuali ler
(agak2 ler...sebanding ngn rencah..)
ayam...potong kecil2
sayur: lobak merah, kubis panjang atau yg biasa, saleri,
bawang merah, bawang putih-blend
lada hitam atau lada sulah-tumbuk halus
garam , minyak utk menumis
daun sup

rendam mihun, celur n toskan
bersihkan ayam dan seeloknya buat sup...[guna perncah sup... halia]
tumiskan bawang n lada sulah
masukkan kuah sup tadi, setelah di perisakan masinnya...masukkan mihun..
masukkan sayur dan ayam[ yg tlh di buat sup, tetapi buangkan rencah sup]
nampak sayur layu dan telah mesra rasa'...bole hidangkan
...
ohh..kena ada ini:

sambal kicap, cili jeruk ....

*sambal kicap...biasanyer hnya di selatan ni ajer kan...heheheh

makan2 lagi


*mak ai...cinonet jer pic ni...nasib larr kan c n p ...nnt buh yg real made by Nai...ok
*mi hun s'pore...simple n enak..
...
blogwalking... teman blogger promote restorant kat shah alam, makanan arab...apa ker nama...style bariyani lar kut, k fb khairyn...ada gak cerita makan..masa dia g umrah...kibas mandy!...nak cari idea atau resepi ...my adinda' ZaiY slalu beri inspirasi...aku dah tempek dah add blog dia...saper2 yg ketandusan idea nak masak apa...klik jer...di ujung jari...
aku nak tempek resipi mihun s'pore, kut lar ada yg nk wat menu b fast esok...slamat mencuba...
mbe 2 3 minggu ni layannn jer...selera tekak ni...maka berderet resepi...blum yg dlm plan nak masak2 ngn kawan next week... bagus juga kan...dpd cerita cerita lain...yg bole timbulkan kontraversi atau ada yg terasa...apa lagi cerita politik...ishh...tak moh larrr
nak wat n3 tajuk berat2 tak daya nak bawa...hai...berat...kita bukan ada pengandar...hehehhee
so...ini saja santai2 sambil makan2...
...
dedikasi wat notie...suka2 jer...

sepanjang hari ini...







b fast ngn mi hun spore...yg warna putih...ada bnyak sayur...karot, kubis, saleri...ayam yg di racik kecil...
[kudapan: popiah ngn pulut serunding...di taja, tq]

lunch: nasi putih, salad dan asam pedas kepala ikan mayung

ptg...makan kek lapis sarawak...[godeh kat peti sejuk...baki ari tu :)..]

dinner: nasi putih ngn tumis cili + tauchu...sotong goreng tepung ...sayur taugeh, ulam salad
...
*aiskrim m'sia: ZaiY nyer pic...tq, hiasan saja...bg depo terlioq
*sotong goreng tepung...ZaiY nyer pic juga..tq
*cili taucu...pic Zaiy...tq...
...
* melayan selera lepas demam...aku berusaha rajin ke dapur...suma ku buat demi tekak...
hahhaaha...mi hun dan asam pedas...kantin pejabat...tu kan masa kerja

Thursday, May 6, 2010

ulam2an, yg pahit-pahit bnyk khasiat

ni daun selom...ada nama lain lg kut
ikut daerah/negeri mbeyg ini baru pic sebenar, urap daun selom


daun kaduk...bole dijadikan sbhgian dari daun2 utk 'botok2'...

pucuk mengkudu, bagus sangat...amalkan selalu memakannya


wala...terpahit di dunia...peria katak: kalau 'muka pahit'...ibarat peria katak la no!


tenggek burung, kat blukar bnyak pokok ni, pucuknya sahja...agak berkilat dan baunya sedap!



yg biasa2: pucuk betik, pucuk ubi...temu lawak,lempoyang...daun kunyit...suma itu ulam...
Jom berulam2 kita...
sumber pic: internet
dedikasi utk: cikgu adham n ZaiY...nnti wat urap yer Zai...

Tuesday, May 4, 2010

kerabu daun selom...

*gambar hiasan: urap yg se waktu larr jugak...tp bukan daun selom...:)
alang2 nak masak...biar lengakap! dah ada lauk berkuah-asam rebus jenahak..., rendang udang...nie kita buat kerabu selom...ulam2man lak...wah kenduri kita!!!! jom2

...
bahan2nya:

daun selom, di bersihkan-basuhlah...potong2...jngn terlalu halus...
kelapa parut
udang kering atau belacan
cili padi
hiasan potongan cili merah

buatkan sperti sambal belacan, (tumbuklar udang kering atau belacan tu)...
campurkan kelapa
gaulkan daun selum...

perahkan asam limau boleh gak...

rendang udang, resepi cik dah

...
bahan2nya;
500g udang
cili kering, bawang merah, kerlapa parut-segenggam, serai- blend
halia, daun kunyit- mayang halus
santan kelapa...semangkuk kecil
serbuk kunyit- sedikit

satukan k dlm periuk, renehkan- masukkan udang
masukkan sedikit asam keping, garam
...
angkat...hidangkan

tips: udang tidak boleh terlalu lama, indicator utk ini
bentuk udang C-cook
bentuk udang O-over cook

selamat mencuba...

asam rebus jenahak...marvelous!!


aduhai, sure kawan aku terliur kalau aku cerita ke enakan asam rebus nie...TQ kak dah..., resipi ini ciptaan kak Dah di 47 jln sentosa, PJ old town!
...
bahan2nya:

2, 3 keping ikan jenahak...(yg sewaktu dengannya)

cili merah, bawang merah bawang putih ,halia-halia muda...,tomato @ bende...
daun kesum ,serai...
blend cili n bawang ,halia di potong nipis,serai-di titik, tomato belah dua...

satukan...lebur semua bahan, kecuali tomato n bende.
tambahkan air, didihkan...masukkan ikan...biarkan sebentar

masukkan tomato... bende ...daun kesum
perisakan...buh larr garam...asam keping...

hidangkan..., sedapnya......
...

Monday, May 3, 2010

teringin maggi la pulak...MERTABAK MAGGI

lepas2 demam..., banyak pulak cikadak yg diinginkan...teringin mertabak/murtabak maggi...
macam ni buatnya: teramat senang...
...
cara 1
1-celur n tos maggi-sekjap jer...agak2 crispy.
2-pukul telur...(pandai2 hangpa pukul noo)...campurkan garam , rempah kari...atau apa2 perisa...ikut citarasa.
3-panaskan kuali, cairkan butter atau minyak...sedikit jer dan jngn terlalu panas, kecilkan api,
tuangkan telur, agak2 sebelah bawah dah masak, masukkan maggi...ratakan
4-taburkan segala mcam pilihan utk topping(udang, daging kisar-sediakan terlebih dahulu-(masakkan), cili merah, cili hijau....daun kari, daun bawang...mix vagi...
5-tutup kuali sebentar.... bila dah kekuningan...masak larr tu...hidangkan...
...
cara ke 2
1-celur dan toskan maggi...
2-bancuh segala mcm bahan spt telur dadar, masukkan maggi tadi...
3-panaskan kuali, buh minyak...mcm juga mnggoreng telur dadar...kemudian tuangkan bancuhan tadi....agak2 boleh di bolak balikkan...buatlah...
4-bila telur nmpak kekuningan...
5-maka bolehlah di hidang...perisakan dengan sos *
...
*tak kiralar..sos tomato ke cili ker.. jenama apa saja...hpa ok juga
*jenama lain boleh gak, jngn mi kuning a k a mi basah udah lerr...

Sunday, May 2, 2010

masih di no 3...jalan Diary


...
mlm2 selepas selesai urusan biasa...kami lepak kat tepi gate, tak lar gelap sangat...tapi terang lampu jalan...menemeni kami. Tak pernah habis kami bersembang...maklumlar kami sorng dr kutub utara...n sorg lg dr kutub selatan...hehhehe..msia mana ada kutub2!
...
Kadng lpaskan tension'..[ingat ker kerja tak kena belajar lg...,] pot pet...potpet ler kami buat huraian...persamaan atau gurauan... tapi bnyaknya cerita kami sendiri...cerita pasal kehidupan...aku melayu n su...indian... dia dr utara ngn loghat utara...dan aku mmng dah biasa sekali...kbetulan aku ada cerita sndiri ngn daerah di utara nuu.

ngn su aku selalu jer share teh tarik yg best sgt tu...su pakai kole stainles still..., n guna susu tepug dutch lady! tarik jgn tak tarik... bnyak lagi cerita menarik kat dapur' yg aku kongsi ngn su...

*puding trajis

*cucur sardin

dan cerita ini.....satu hari su buat cucur sadin, aku n teman2 tak dapat nak menjamahnya...
aku kena terus ternag dengan su...sbb, dia tak samak' tangan setelah kerja2 di lab...*
...
maka aku beritahu dia perihal menyamak tangan n perkakas...atau guna shj perkaks dapur kami punya utk menyediakan maskan yg suci...
selepas itu...kami bole menikmati cucur sadin su yg sedap...sedap larrr...betul...!

ptg ni aku nak buat cucur sardin lar...utk minum ptg.
jom...santai sambil mnikmati cucur sardin n teh tarik...
...
*kerja yg melibatkan ujikaji sample semua jenis haiwan...
kami sediakan serbuk tanah yg sudah sterile n buh dalam bekas vim..
menyenangkan ...lumurkan ngn serbuk tanah, bilas 6 kali ngn air paip...

*alahai..cinonet jer pic atas tu...heheheee..google sndiri yerk..msti dpt besar punya
*jalan dihadapan bngunn itu...laluan mat rempit yg mnyanyi 'negaraku, 1hb may 2010

Friday, April 30, 2010

no 3 jalan diary...Ipoh

*sekadar hiasan: pemberian ZIE, tq....cantik lili ini..secantik kenangan...
....
tahun2 kebelakangan ini-mbe 5 6tahu dah...pmndangan di add' tu dah berbeza... sebelum ni nmpak tersangat cantik, rumah sebuah2...dikelilingi padang rumput yg menghijau [nanti aku scan pic lama n tempek]...
...
dari jalan diary ini...mmula jumpa STAR sebelah kiri, berhadapan sekolah inilah perumahan yg ku maksudkan...nyaman sangat...nun di hadapan...banjaran bukit bukau...di area ampang...Meneruskan perjalanan ke arah Rapat Setia...kita akan jumpa Poli Ungku Omar, RTM dan maktab perguruan Ipoh, sekolah raja Chulan...
...
petang selepas habis waktu kerja..kami jalan kaki atau berbasikal ke Taman Cempaka...beli barang dapur atau makan...kadang ikut short cut, merentasi padang pngakap...ni merupakan aktiviti harian, dan kekadang berbasikal hingga k Ttaman Jepun....
...
di hadapan rumah bersebelahan gate' di letakkan tong sampah...tapi tong ini, selalu bersih jerr...[kredit utk pkerja d bndran ....] maka ianya tidak menghalang dr menjadi tempat aku n cik su parking' saban malam.
...
sok aku sambung...
tunggu yer SU
...
*td aku k fb, pnat...font kcik2 bnyak lak ttingkap
*sesuai kat sini jerr...bebas bebel2 n catat...
*sempat gak senyum2...nengok pic ankanda n celoteh knkawan dia
*fb cik SU aku dah g dah...tgok pic2 tu...canggih no...dinosur ber'fb...tahniah!

Thursday, April 29, 2010

aduhai...marathon jadinya

...
satu petang yg indah...agak2 dalm pukul 3 ptg, aku menuju ke ampaian kain di sebelah kiri rumah...bersebelahan ngn rumah D'...nak angkat kain di jemuran...
[hari tu aku mencuci langsir rumah yg tak berapa helai..rajinnya aku...]tapi cukup menghairankan...bila hnaya bebrapa helai yg masih diampaian...yg lain berserakan di atas rumput halaman...*
...
belum sempat aku berfkir mencari jawapan...aku terpandang lembaga setinggi aku hampir sangat2 di belakangku...Mak oi! aku menjerit sambil berlari menjauhi lembaga itu...D mengejarku..tapi ala2 lari anak..sambil ekor yg kontot...ligat bergoyang2...aku PANIK teramat...kebetulan jarak yg aku tempuh semasa gerakan spontan td menghala belakang rumah, aku berhenti di tebing parit a k a longkang besar...yg memisahkan rumahku dan rumah tuan Pengarah...hahahhaha
...
mungik jeritan nyaringku..mengejutkan kjiranan itu...mereka dah keliling memerhati aku...dr perkarangan rumah masing2...aku?
..
spontan jerr...aku dah mengalirkan air mata...D berhenti, elok duduk menghadap aku...seolah2 tersenyum senang! sakitnya hati aku...aku cuba utk melangkah menuju ke rumah...tapi aku angkat jer kaki dia pun bersedia utk mengejar...aku menjerit lg!...dan lg
si tuanpnya kluar rumah sambil bersiul mmnggil D...dia tak menoleh pun...lbih knnkan aku yg dah berladung air mata...siannya aku!
...
Mr L' menyuruh aku bertenang n berdiri jer, dia menyuruh aku buat2 aksi ambil batu...atau kayu...seolah2 akan menghambat D...tak terbuat pun...aku kaku di situ...
Akhirnya...D kna hambat balik rumah n dikurung!
...
Geramnya...aku bertekad...akan datang akan ku balas balik ....ambik kau D...
jngn harap lpas ni kau nk mnyalak2 manja lagi....
selang sebulan...aku dah bole senang lenang berlari2 di halaman ngn TOXO...hehehehehe
D kena hantar mana entah...aku tak mahu tahu!
*langsir tu kiranya mnjadi mainan' yg mengasyikkan buat D'...tak tersamak...dan geli aku, lansung tingkap ku tak berlansir lg...sakit hati dak?....:)

dia yg ku benci sangat2...

...

ni cerita sambungan dr n3 awal april tuh.., dia yang ku benci...dulu sangat2 ku benci...coz dia asyik menjelma dalam mimpi apabila aku demam panas...seolah2 dia mengejarku...dan aku menjerit2...maka...realitinya mmng aku meracau2 dlm tidur...akibat suhu badan yg meningkat...mbe 38degree C atau lebih...sib baik tak sawan... hahaha

bila aku di alam pekerjaan...dia ni juga di bawah naugan payung institusi jabatan ku..... makanya...aku mula menukar apa yg telah ku lakar di fikiran...cuba menyayangi dia juga, tidak pula sampai nak membelanya......heiiiiiiii *

jiran kiri kanan ku membela dia ini...yg sebelah kanan...L 'labrador'....yg kiri...D 'doberman'... aku pulak membela si kelabu, ku namakan...Mr TOXO.....mereka bertiga berkawan baik.... toxo akan panjat pokok bila keadaan mencemaskan, tetapi L akan mengejar toxo bila ada kesempatan...mereka berkejaran sehingga ke dalam rumah...*
...
Aku yg masih trauma peristiwa yg dulu'....sering terkejut...bila tiba2 labrador ada di ruang tamu...aduhai...separuh nyawa aku menyelamatkan diri naik atas meja makan...*
tetapi...ada satu kesah...bagaimana aku menyelamatkan diri di kejar doverman....
to be continued...
tunguuuuuu

*sekadar yg di bolehkan utk merawat...
* ruang tamu terpisah, dan kami berselipar terus k dapur...rumah zaman koloneal
*meja makan tu, cukup kukuh...meja utk 8 kerusi...sedang aku masa tu sekitar 47kg.
...
sekadar hiasan: seiras MOLD' kucing jiranku di 47 Jln Sentosa, PJ old Town
comel sangat kan?...comel dan gebu...