Thursday, June 3, 2010

mencatat pesanan nenek..tentang FACEBOOK

...
setiap keluaran majalah solusi: kan ada pesan nenek..., ni saja nak catatkan kat sini, boleh yer nek?...tak ramai yg baca tu...biar lak umi perturunkan...mugkin larr...ada yg blogwalking...maka terbaca pulak di sini...

...
facebook: bila semua nak di dedahkan...
buat masa kini fb ternyata sangat2 diminati. Ia digunakan secara meluas oleh org dewasa, remaja dan kanak2. memang diakui fb bnyak mmbntu mengeratkan persahabatan, berkongsi ilmu, pendapat dan sebagainya, tidak kurang juga yg mempromosikan barang niaga. Namun adakah fb ini benar2 bermenfaat atau sebaliknya?

berjam2 di hadapan komputer
fb..Myspace dan pelbagai laman sosial lain kini sudah menjadi trend dan semacam ketagihan..kpd para remaja malah org dewasa juga tidak kurang terlibat sama...
Apakah yang mereka cari sebenarnya: berjam2 menghadap komputer...sekadar menghubungi teman atau kenalan?...Yang lebih membimbangkan...ianya menjurus kepada perkenalan bebas antara lelaki dan perempuan. Bermula dr fb, tidak mustahil boleh membawa ke arah hubungan yg lbih membimbangkan kita. Apakah hati lelaki dan perempuan ini boleh terjaga dpd fitnah syaitan? bukankah ia termasuk dlm 'pergaulan bebas' walauapun di alam maya?
...
mugkin ada yg tak setuju, tapi inilah hakikatnya:
Inilah daya tarikan yg menyebbkan setiap remaja ingin mempunyai facebook sendiri...mengakibatkan remaja [* dan yg dewasa] menjadi ulat komputer berbanding dpd menjadi ulat buku...liat menelaah buku sekolah, apatah lg aktiviti kebajikan, surau, masjid dan sebagainya...
Mempamer data dan foto peribadi:
sudah menjadi kebiasaan, dalam fb remaja dan termasuklah anak cucu kita...memaparkan foto kelurga dan diri. Ada yg memaparkan foto tanpa menutup aurat, walhal di sekolah sentiasa bertudung. ..soalnya, apa jua meterial yg dipaparkan di internet akan menjadi tontonan umum, tidakkah kita bimbang mengenainya?...mungkin ibu ayah tidak sedar, tambahan mereka sibuk dengan kerja dan pulang kepenatan...
zaman dulu2[zaman nenek...] pantang anak dara tergedik2 menonjol dikhlayak, jangan harap pulak bergambar dengan lelaki...amaran dosa dan fitnah amat menakutkan...apatah lagi memberikan sekeping gambar utk berkenalan, ...takut terfitnah, org boleh berbuat apa sahaja dengan gambar tsbt... tetapi...tidak di fb...anak2 remaja...mendedahkan profil diri dan gambar dengan mudah sekali...., dulu2[zaman nenek] bertegur sapa dengan lelaki dipandang serong, sekalipun kita knal lelaki tsbt, tetapi dalam fb sesiapa boleh bertegur sapa tanpa segan silu....
...
[malahan....ada yg add' kepada lelaki...dan ternyata gambarnya aurat terbuka hingga pangkal lengan, tangan yg gebu...malah rambut mayang mengurai... pun diterima sbg kawan'...malah bertegur sapa... sedangkan...sudah tahu hukum haram dan dosanya..... atas dasar apa agaknya itu dianggap sbg kawan'...?]
keciwa benar rasanya yer!
satu perkara yg membimbangkan...ibu bapa yg membiarkan akses internet kpd anak2 tanpa pemantauan. konon mmudahkan anak2 bole mencari maklumat utk kerja sekolah. Berhati2lah...dan pastikan kita ambil tahu apa yg dilayari anak2 itu utk tujuan yg betul.
....
Buat renungan:
Facebook...gunakanlah utk keperluan. Jngn menjadi ketagihan yg akhirnya membawa musibah kpd umat islam terutama anak2 kita...masa terbuang, berlaku pergaulan tanpa had, menimbulkan fitnah dalam hati, tenggelam dalam kelalaian dan sebagainya.
Bagi mengisi masa lapang anak2...seimbangkan antara masa masa mereka di depan komputer dengan dengan aktiviti2 waktu ptg...dengan garderning, membersihkan halaman... pada hari minggu, bole bawa anak2 ber'aktiviti spt memancing...berkhemah...ke kuliah agama, ke majlis ilmu...gotong royong n lain2...semoga anak2 tahu bermasyarakat dan rajin berbakti.
...
begitu juga dengan anak perempuan, masa lapang bole dipenuhi dengan menolong memasak, belajar menjahit, dan berkemas rumah dan sebagainya. Hasilnya ; masa tidak terbuang sambil menghimpun pengalaman....
...
bersambung lg, di tajuk facebook lg...
tunggu...

cute nyer dia nie...


...
...
utk Aie...coco