Tuesday, December 22, 2009

tentang DIA...Baginda Rasul

...
antara perawakan Baginda:
Rasulullah S A W mempunyai warna kulit yg berseri, mata hitam yang besar dan sangat hitam, mata besar dan menarik, warna putihnya terdapat warna kemerah2an, bulu mata yang tebal, muka yang bercahaya dan berseri, alis mata yang halus dan memanjang, hidung yang mancung, kening yang lebar, muka yang bulat, dahi yg luas, janggut yang lebat, dada dan perutnya sama rata(tidak buncit) dada yg bidang, tulang yang besar, lengan dan hastanya besar, tapak tangan dan kaki yang lebar, jari-jari yang panjang, ketinggian yang sederhana, tidak terlalu tinggin dan tidak terlalu rendah...
...
walaubagaimanapun apabila sesaorang yang di katakan tinggi berjalan bersama Rasulullah S A W, Baginda kelihatan lebih tinggi. Baginda juga mempunyai rambut antara ikal dan lurus. apabila ketawa, wajah Baginda bercahaya seperti sinaran kilat dan seperti cahaya balikan butiran air hujan. Apabila bercakap, dapat dilihat seolah-olah cahaya keluar daripada gigi hadapannya. Baginda mempunyai leher yang terbaik dan tidak terlalu gemuk, tidak mempunyai muka bulat yg kecil, bebadan tegap...tidak gemuk dan mudah bergerak.
...
Al Baihaqi meriwayatkan dalam asSunan dengan isnad Abu Hurairah r.a. Dia berkata:
yg ertinya:
Adalah rasulullah s a w tu seelok2 dan secantik2 manusia. Baginda tidak terlalu tinggi dan tidak pula rendah(sederhana tingginya) bidang dan lebar bahunya. Kedua pipinya lebar dan lurus. Rambut Baginda hitam dan matanya bagaikan bercelak. Pijakan telapak kakinya sempurna kerana lekukan padanya rata dan apabila Baginda mengenakan selendang dia kelihatan bagaikan air perak, yang mencair. Apabila Baginda ketawa, dia kelihatan berseri, ceria dan bercahaya.
....
Al-Bukhari, Muslim dan at-Tarmizi meriwayatkan dengan isnad dari Anas r.a bahawa dia berkata:
yang ertinya:
Tidaklah Rasulullah terlalu tinggi dan tidak pula pendek (sederhana tingginya). Kelihatan air mukanya sentiasa bercahaya dan berseri, tidak putih yang bercampur dan tidak pula merah, dan rambutnya antara kerinting san lurus(beralun)...
...
Al-Barra' bin Azib berkata:
"aku belum pernah melihat orang yang mempunyai jambang yang hitam dihiasi dengan warna yang lebih cantik daripada jambang Rasululluah SAW.
Abu Hurairah juga pernah berkata:
"Aku tidak mendapati sesaorang yang lebih cantik daripada wajah Baginda SAW. Seolah-olah matahari memancarkan sinarnya. Apabila Baginda ketawa , maka sinar wajahnya kelihatan di dindin sekelilingnya"
dalam Hadis juga:
"wajah Baginda berseri sebagaimana berserinya bulan ketika purnama"
ketika mengakhiri sebutan mengenai sifat Rasulullah SAW...
Ali berkata:
"sesiapa yang melihatnya sepintas lalu, dia akan gerun lepadanya. Sesiapa yang bergaul dengannya dalam keadaan mengenalinya, dia akan menyayangi Baginda.
...
dan bagi kita yg menggambarkan sifat Baginda akan berkata....
"aku tidak pernah melihat orang yang sepertinya sebelum dan selepasnya"

Assalamualaikum Ya Rasulullah

Selamat sejahteralah ke atasmu wahai junjungan mulia,
rasul yg agung pemurah lagi penyayang,
muga2 dirahmati dan diberkati Allah ke atasnya,
sesungguhnya selamat sejahteralah wahai Nabi Allah,
selamat sejhteralah wahai makhluk pilihan Allah,
selamat sejahtera wahai Habibullah, aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yg disembah melainkan Allah Yang Maha Esa dan sesungguhnya engkau adalah hambaNya lagi pesuruhNya,
aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menyempurnakan tanggungjawab dan telah memberi nasihat kepada umat dan engkau telah berjihad kerana meninggikan agama Allah,
maka selawat dan salam berkekalan sehingga hari kiamat,
Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah kepada baginda kemuliaan dan pangkat darjat yang tinggi serta anugrahkan kepadanya tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan,
sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji sama sekali.

aduhai...sedey nya

...

selain ke raudhah yg jd rutin pg dan malam, solat jenazah selepas solat fardu adalah yg paling mengesankan...di Masjid yg mulia ini aku dapat menghayatinya...walaupun kita tidak tahu siapakah yg kita sembahyangkan itu...perasaan ttap sayu...dan pnuh pengharapan agar roh mereka Allah tempatkan di sisiNya.

tapi dalam sedey...dalam sayu...aku tersenyum juga[senyum kelat]

pengumuman yg tak ku fahami, lalu CK btahu...dalam bahasa arab..kan berbeza antara kalimah untuk llaki n pompuan,...emmmm sedey nye...aku tak faham...cuma yg ku tahu...sdikit sgt...eg kalau utk lelaki huruf HA baris hadapan, kalau pompuan...baris atas...(dlm selawat dan doa semasa solat jenazah)

....

tinggalkan yg sedey tu...kita santai kejap....

selalunya selepas solat zohor dan asar aku dan CK...akan parking dulu kat perkarangan masjid...bestnya...menghirup cuaca panas yg dingin...dingin yg hangat.... Sambil2 tu...kalau aku rajin ada gak aku bawa air kotak atau kurma...atau biskut... ada juga teman lain...Atiqa join juga dan kami berangan2....

KALAU AKU KAYA N DAPAT KE SINI TIAP TAHUN....AKU NAK SEDEKAH MCM DEPO TUHHHHH....[ada kluarga arab tu...bentang kain n bagi2 kan makann...n jus...] aku nak sedekah mi hun...n jus markisa

Aku nak duk Madinah lar....saper lak nak tanggung...ni cuti 50 hari...gaji berbayar....mana ada cuti2 bergaji lg....waaaaaaaaaaaa

Muga sahaja aku dapat ke sana lg...dapat santai2 kat perkarangan masjid itu lg...



:) rindunya!!!!!!!!!

*pas ni nk g pasar kurma..jom Tika...heret troli arrr...nnt nak beli bnyak2...stok sampai taun dpan
*ada pmbetulan, tq mr corrector...mbe salah dengar..hehehehe maklum bisik jer...