Selamat sejahteralah ke atasmu wahai junjungan mulia,
rasul yg agung pemurah lagi penyayang,
muga2 dirahmati dan diberkati Allah ke atasnya,
sesungguhnya selamat sejahteralah wahai Nabi Allah,
selamat sejhteralah wahai makhluk pilihan Allah,
selamat sejahtera wahai Habibullah, aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yg disembah melainkan Allah Yang Maha Esa dan sesungguhnya engkau adalah hambaNya lagi pesuruhNya,
aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menyempurnakan tanggungjawab dan telah memberi nasihat kepada umat dan engkau telah berjihad kerana meninggikan agama Allah,
maka selawat dan salam berkekalan sehingga hari kiamat,
Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah kepada baginda kemuliaan dan pangkat darjat yang tinggi serta anugrahkan kepadanya tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan,
sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji sama sekali.
Salam Kak Nai,
ReplyDeleteSekadar ingin berkongsi :-
Selawat ke atas Nabi s.a.w. sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Surah al-Ahzab ayat 56)
Ayat di atas menyatakan bahawa Allah SWT dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) ke atas Nabi s.a.w. Justeru orang orang beriman diseru supaya berbuat demikian juga.
Berselawat ke atas Nabi s.a.w. itu suatu daripada ibadat yang sangat mulia, bukan saja dianjurkan oleh Allah SWT supaya manusia beriman melakukannya.
Berselawat bukan saja dalam solat bahkan di luarnya, kerana Allah SWT dan malaikat-Nya juga telah berbuat demikian. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa di kalangan umatku yang berselawat sekali ke atasku, Allah SWT akan tulis 10 kebajikan."
Sepuluh kebajikan bererti sepuluh pahala ganjaran, meskipun pahala itu tidak kelihatan bentuk dan sifatnya, tetapi pahala amat diperlukan oleh orang yang beriman di akhirat kelak.
Sesiapa menghendaki pahala yang banyak, satu antara caranya ialah beramal tanpa modal iaitu berselawat ke atas Nabi s.a.w.