Saturday, May 8, 2010

penutup: bukan cinta biasa


learn together
...
walau seteruk mana pun kerenah pasangan kita, belajarlah menerima dia seadanya. Bersabarlah dengan sikapnya kerana diapun hakikatnya sedang belajar bersabar dengan kerenah kita. Jangan marah jika dia tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki kerana kita juga hakikaktnya tidak berubah mengikut apa yang kita sendiri kehendaki .

Kita tidaklah setabah siti Hajar dan pasangan kita tidak sebaik Ibrahim...namun setidak2nya kita mengakui dan sentiasa mencuba utk bersabar dengan peneguhan kata 'kerana Allah'...Ingatlah, ragam, erenah dan tabiat pasangan kita bukan semuanya utk diselesaikan....seperti juga masalah lain ada yang tidak dapat diselesaikan dan kena hidup dengannya...selamanya...kenapa yer...

Allah takdirkan begitu sebagai saluran kita merintih, merayu dan bergantung kepadaNYa. Allah pasangkan sedemikian supaya saling dapat merintih kepada Allah dalam menghadapi kerenah masing-masing. Allah menguji dia melalui kita....Inilah yg dapat dipelajari dpd cinta dan sabar dalam berumahtangga Nabi Ibrahim a.s dan isterinya Siti hajar...sesungguhnya cinta mereka bukan cinta biasa...
......

*sabar...kesabaran itu dekat dengan iman, ...separuh dari iman...dan dalam iman itu tersemat roh kalimah "kerana Allah"...Sesusungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar.
...
*cantik n damai...sudut itu tmpat Tulip bersantai...salamat bersantai....dan sabar...dedikasi buat Tulip nan sorang...hehhehee :)- mula perasan lar tu....

No comments:

Post a Comment