Friday, May 14, 2010

mari kita lbih khusyuk dlm solat


...
usaha tambahan bagi mendapatkan KHUSYUK:
[jika semua bntuk dosa utama telah dipastikan tiada, kita berikan tumpuan perkara2 berikut untuk menambahkan lg peluang khusyuk:

KAEDAH LUARAN:

1) menggunakan sejadah yg tidak terlalu bnyak gmbar yg akan mengkhayalkan pemikiran. Jauhi juga menghadap apa2 gambar atau tulisan yg menarik perhatian utk dilihat dan dibaca. Seelok2nya solat menhadap dinding.

2) mengurangkan pergerakan anggota2 spt tangan kaki dan tumpukan mata ke tmpt sujud

3)Ditegah bersolat dengan pakaian yg ada gambar...berwarnawarni, bertulis lukisn dan lain2 kerana ia juga mmbuat org lain hilang kekhusyukkan ketika berjemaah.
4)mengambil wuduk dengan tenang dengan sempurna.

5)membaca isti'azah dlm hati ketika terasa minda tidak fokus kepada solat.

6)Jangan solat dalam keadaan terlalu lapar, ingin membuang air kecil atau besar

7)meletakkan sutrah- penghadang, di hadapan tempat solat agar tiada orang yg lalu lalang di hadapan

8)mendirikan solat pd awal waktu supaya tidak gopoh ketika masa hampir luput.

9)mendirikan solat secara berjemaah(bg lelaki)

10)azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mndirikan solat bersendirian ataupun sekurang2nya iqamat sahaja

11)jauhi dpd solat di tmpt yg bising dan hingar bingar

12)menjaga mata dpd melihat pkara2 yg terlarang oleh Islam
...
KAEDAH DALAMAN

1) Lazimkan bertaubat sekerap yg mampu
2) Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan2 amat hampir dgn kita serta menganggap solat tsbt merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yg terbaik
3)Membaca dgn baik(husnul Qari'ah), berusaha utk memahami, mengerti bacaan dlm solat termasuk ayat2 al Quran yg dibacakan itu terutama sekali al Fatihah, serta maknanya.. ini kerana bacaan2 dlm solat mengandungi banyak makna yg halus yg patut difahami oleh org yg melaksanakannya.
4)Mempelajari tatacara solat berasaskan dalil dan pandangan ulama, agar kita dapat merasakan hampirnya kita dengan Nabi dan dapat merasakan kesempurnaan solat
5)Menghadirkan rasa sedang berhadapan dengan Tuhan sekelian alam iaitu ALLAH s. w.t dan Allah sedang memerhatikan kita-seluruh gerak geri hati dan luaran kita

6)Timbulkan rasa malu (al-Haya') terhadap Allah s.w.t rasa takut(khauf) terhadap azab Allah yg pedih
7)Kumpulkan fikiran kita kpd dosa2 yg kita lakukan, walaupun ia dilakukan sewaktu kita kecil, hinakan diri dihadapan Allah s w t rasakan kita tidak layak sama sekali utk ke syurga-Insyaallah ia mampu menitikkan air mata jika dibuat dalam keadaan yg hening dan penuh penghayatan.

8) Berharap serta yakin( optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

9) Hati diajak hadir/ikut. Kehadiran hati dlm solat iaitu mengosongkan hati dpd segala urusan yg boleh mengganggu dan yg tidak berkaitan dengan solat.

walauapapun, syarat khusyuk yg paling utama ialah kemantapan iman dlm diri terhadap Allah s w t. Oleh itu berusahalah utk mengenali Allah dan memperteguh keimanan kpdNnya. Sebenarnya khusyuk di dlm solat adalah bermula dpd khusyuk di luar solat...kalau di luar solat hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah utk khusyuk di dlm solat

petikan: buku 'formula SOLAT sempurna

ust. Zaharuddin Abd Rahman

No comments:

Post a Comment