...
antara perawakan Baginda:
Rasulullah S A W mempunyai warna kulit yg berseri, mata hitam yang besar dan sangat hitam, mata besar dan menarik, warna putihnya terdapat warna kemerah2an, bulu mata yang tebal, muka yang bercahaya dan berseri, alis mata yang halus dan memanjang, hidung yang mancung, kening yang lebar, muka yang bulat, dahi yg luas, janggut yang lebat, dada dan perutnya sama rata(tidak buncit) dada yg bidang, tulang yang besar, lengan dan hastanya besar, tapak tangan dan kaki yang lebar, jari-jari yang panjang, ketinggian yang sederhana, tidak terlalu tinggin dan tidak terlalu rendah...
...
walaubagaimanapun apabila sesaorang yang di katakan tinggi berjalan bersama Rasulullah S A W, Baginda kelihatan lebih tinggi. Baginda juga mempunyai rambut antara ikal dan lurus. apabila ketawa, wajah Baginda bercahaya seperti sinaran kilat dan seperti cahaya balikan butiran air hujan. Apabila bercakap, dapat dilihat seolah-olah cahaya keluar daripada gigi hadapannya. Baginda mempunyai leher yang terbaik dan tidak terlalu gemuk, tidak mempunyai muka bulat yg kecil, bebadan tegap...tidak gemuk dan mudah bergerak.
...
Al Baihaqi meriwayatkan dalam asSunan dengan isnad Abu Hurairah r.a. Dia berkata:
yg ertinya:
Adalah rasulullah s a w tu seelok2 dan secantik2 manusia. Baginda tidak terlalu tinggi dan tidak pula rendah(sederhana tingginya) bidang dan lebar bahunya. Kedua pipinya lebar dan lurus. Rambut Baginda hitam dan matanya bagaikan bercelak. Pijakan telapak kakinya sempurna kerana lekukan padanya rata dan apabila Baginda mengenakan selendang dia kelihatan bagaikan air perak, yang mencair. Apabila Baginda ketawa, dia kelihatan berseri, ceria dan bercahaya.
....
Al-Bukhari, Muslim dan at-Tarmizi meriwayatkan dengan isnad dari Anas r.a bahawa dia berkata:
yang ertinya:
Tidaklah Rasulullah terlalu tinggi dan tidak pula pendek (sederhana tingginya). Kelihatan air mukanya sentiasa bercahaya dan berseri, tidak putih yang bercampur dan tidak pula merah, dan rambutnya antara kerinting san lurus(beralun)...
...
Al-Barra' bin Azib berkata:
"aku belum pernah melihat orang yang mempunyai jambang yang hitam dihiasi dengan warna yang lebih cantik daripada jambang Rasululluah SAW.
Abu Hurairah juga pernah berkata:
"Aku tidak mendapati sesaorang yang lebih cantik daripada wajah Baginda SAW. Seolah-olah matahari memancarkan sinarnya. Apabila Baginda ketawa , maka sinar wajahnya kelihatan di dindin sekelilingnya"
dalam Hadis juga:
"wajah Baginda berseri sebagaimana berserinya bulan ketika purnama"
ketika mengakhiri sebutan mengenai sifat Rasulullah SAW...
Ali berkata:
"sesiapa yang melihatnya sepintas lalu, dia akan gerun lepadanya. Sesiapa yang bergaul dengannya dalam keadaan mengenalinya, dia akan menyayangi Baginda.
...
dan bagi kita yg menggambarkan sifat Baginda akan berkata....
"aku tidak pernah melihat orang yang sepertinya sebelum dan selepasnya"