Friday, December 18, 2009

Masjid Rasulullah dan Raudahnya yg Mulia

...
petikan dari:PENGEMBARAAN IBN BATTUTAH Pengembara agung, karya terulung, menyingkap wajah dunia

muka surat 134

Masjid Rasulullah yang mulia itu berbentuk segi empat bujur. Masjid ini dilingkungi oleh tiang-tiang yang mengelilinginya di keempat empat penjuru iaitu utara, selatan, timur dan barat. Di bahagian tengah masjid itu, terdapat halaman dalam yang terbuka dan berlantaikan batu serta pasir. Masjid Rasulullah itu dikelilingi pula oleh sebatang jalan yang berturap batu yang terpahat. Raudah yang suci itu[semuga ALLAH merahmati dan memberikan kesejahteraan kepada penghuninya] terletak berhampiran dengan penjuru tenggara masjid tersebut. Rupa bentuk Raudah tersebut agak luar biasa dan sukar untuk di huraikan. Ia diserikan dengan batu-batu marmar yang amat unggul pahatan serta tinggi mutunya. Bahagian atasnya pula masih terdapat bekas sapuan kasturi serta harum-haruman(yang telah menjadi hitam dan merkah) meskipun telah melalui peredaran zaman yang panjang....

...
...
Ini adalah catatan IBN Battutah pada tahun 726Hijri, membaca bab ini...kembali ke zaman yang berabad sudah berlalu..namun gambaran 'tentang' Masjid Rasul...menguja sesiapa sahaja...di zaman mana sekalipun.


ikuti catatan 'nailofar' yg bukan mana2 penulis pun...hanya catatan...insan biasa...tentang Masjid ini tentang Raudah juga...

No comments:

Post a Comment