Sunday, January 10, 2010

TULIPs of Turkey

....
Jangan tak tahu yerr....Tulip ada kaitan dengan kota mimpiku...Tulip ni kudup yang mekar tak mekar...still cantik sampai ke ujung hayatnya....dan Tulip bunga kebangsaan Turki...betul yer? macam belum terbaca kat catatan anaknda2 ku yg dah ke sana...sengaja lar tu tak moh kita bangga ngn 'tulip'...
...
sebagaimana catatanku di Dame Zoete Sarah...Tulip hanya dibawa ke Holland di abad ke 16...[dari Turki] dan telah menjadi begitu popular sehinggah ada 'tulipmania' ....dan ada ladang yg luas...malah menjadi eksport ke seluruh dunia....namun

di Turki sejarah TULIP...lebih mengagumkan...antara 1718M-1730M dipanggil era TULIP....ini semasa pemerintahan Sultan Ahmad lll....yang melambangkan 'peace and enjoyment'....ia seakan menjadi penting dalam kehidupan seharian....menjadi motif yang sering tertera...dalam 'embroidery, textile....dan berbagai hasil seni lain....

bersambung....


nailofar a k a tulip :)

Saturday, January 9, 2010

dari tebing Beylerbeyi...


cantik nya Istanbul kerana adanya Masjid Biru, istana Tokapi, Aya Sofya, Halic dan selat Bosphorus...,





selanjutnya kita bertanya pada mereka yang telah ke sana...

Mesti depo dengan rela hati berkongsi cerita...masakan kedekut' seh!

Istanbul....kota mimpiku



...

bilakah agaknya aku dapat menyaksikan keindahan masjid ini dengan lebih dekat, bukan sekadar photograf atau paparan di maya'...atau... istanbul...kota mimpi ku...hanya wujud dlm mimpi...yg terbawa dari anganan...

selamt pagi Bosphorus


masih di Bosphorus...menganyam mimpi..., mendahului kenyataanya....aku kian ralit menikmati pemandangn indah-[cuci mata].....juga tentang sejarahnya.
...
Selat Bosphorus atau disebut Bogazici menjadi pemisah benua Asia dengan benua Eropah. Panjangnya tiga puluh kilometer. Airnya mengalir dari laut Marmara di selatan masuk ke Laut Hitam di sebelah utara. Selat ini kelihatan biru disebabkan kedalamannya mencecah seratus meter.
Jambatan Bogazici merentasi selat ini , panjangnya 1074 meter dibina pada 1973...manakala Jambatan Sultan Muhammadd Fatih dibina pada 1988. Nama ini diambil sempena nama sultan Daulah Uthmaniyyah yang telah menawan konstantinopel daripada kerajaan Kristian Bizantin. Sejak itu Konstantinopel ditukar nama kepada Islam Bol yang bererti Bandar Islam dan kemudian sehinggalah sekarang ini terkenal dengan nama ISTANBUL.
Istanbul ditawan oleh umat Islam pada 29 Mei 1453Masihi. Beberapa percubaan oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya gagal, akhirnya Sultan Muhammad al-Fatih berjaya merealsasikan sabda Rasulullah s. a.w yang bererti; Sesungguhnya Konstantinopel itu pasti akan dibuka, sebaik-baik ketua ialah ketuanya, dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya. Sultan Muhammad al-Fatih telah membuktikan kesahihan hadis nabi.
Usaha menawan kota ini bukan mudah, malah memakan bertahun-tahun, kota ini dikepung oleh tentera Islam berbula-bulan lamanya. Dengan kebijaksanaan dan keimanan yang luar biasa dan kukuh sahaja pihak Islam mencipta kemenangan.
...
Pertempuran sengit berlaku , ledakan demi ledakan bertalu-talu memecah keheningan Selat Bosphorus bersilih ganti. Bedilan meriam ini datang nya dari arah Rumeli Hisari yang berdiri teguh berhampiran jambatan Sultan Muhammad al-Fatih dibalas dengan sengit dari arah benteng Anadolu Hisari binaan Sultan Beyazid di sebelah Asia. Sebuah kapal musuh yang cuba mudik ke Laut Marmara beroleng dan mula berasap setelah layarnya terbakar. Berlarutan berbalas bedilan, laungan Takbir bergema dari kedua-dua tebing, yang mengawal laluan tersempit Selat Bosphorus. Anak kapal musuh ketakutan, layar mereka patah dan hangus, dinding kapal pecah dan tidak dapat diselamatkan lagi. Bantuan untuk kerjaan Bizantin yang sedang dikepung tiga penjuru dipatahkan sekali lagi di tengah perairan. Tentera musuh tiada pilihan selain berebut-rebut menyelamatkan diri dengan menaiki sampan-sampan kecil atau terjun ke laut dan berenang ke tebing[jerung dan yu sudah siap menuggu]
Dari arah Rumeli Hisari bedilan meriam menggegar bumi...dan kapal musuh terakhir musnah dah terus tenggelam ke dasar laut.
Allahuakbar!
bergema takbir dari tentera muslimin, dan Sultan Muhammad al-Fateh yang masih muda dan amat segak itu sujud, tanda bersyukur atas kejayaan itu. Alangkah gembiranya....sultan berkhutbah dengan lantangnya...
"Sesungguhnya kejayaan itu adalah sebahagian daripada ikhtiar kita untuk menunaikan janji Rasulullah s.a.w . Matlamat kita masih jauh. Kota konstantinopel mesti kita buka dengan kemenenangan atau kita pulang kepada ALLAH sebagai syahid di sisiNya. Sesungguhnya aku malu dengan Abu Ayyub al-Ansary, sahabat Rasulullah s.a.w yang syahid bersemadi di pinggir kota itu."
...
bersambung...
panorama indah tebing Beylerbeyi menyapa pandangn, terminal semakin hampir...kita akan menjelajah Istanbul...
*dengan gubahan: petikan dari Rona Bosphorus...tajuk kecil: di dadamu bosphorus
kredit sekali lg: utk Zaid Akhtar
[promosi juga ni....baca dan miliki novel comel: RONA BOSPHORUS...kenali Afham dan Amal Hayati...juga Naurah yg manis...ustazah di segamat tu...]

Friday, January 8, 2010

dari Alexandria ke Bosphurus




...


sesegar Nailofar'.... dia.... akan menyeberangi selat itu...membalik kenangan pd 'rona Bosphorus'....'justru impian dijaring', untuk Salju Sakinah...

...

nailofar...akan ke sana, melewati Selat Bosphurus dan ingin sekali menjaring mimpi menjadi realiti

*lagi2 ber angan2...:)

karya Zaid Akhtar:


Sesegar Nailofar
Rona Bosphorus
Justeru Impian diJaring
Salju Sakinah

kredit utk Zaid: mmberi idea n3 ini


senja bertasbih di Alexandria



membaca 'Ketika Cinta Bertasbih'...KCB, membawa aku terbuai...ke bumi Egypt. Wah memang kuat berangan aku nih! belum pun 'pulang dr Madinah'..., masih ada 2 3 episod...aku dah mula berangan ke sana sini...bberapa mlm lalu dah termimpi2 ke Glasgow, malah dah redi ngan sarung tangan yg aku beli kat Madinah...mapla tu juga...(selendang pashmina)...
...
...
tadi, aku dah pilih kasut mana yg sesuai...utk ke Istanbul, yg matching ngn jubah bersulam yg ku beli kat Shamiah Mall..kedai Muzammil...ehh kalau tak ke Turki ke Cairo n Alex..ok kot...

Amboi C Nai...berangan petala ke 8...

...
...
ada aku peduli...tak kena bayar punnn... :)

* sky winter-alex

semakin hari semakin sayang


1) Masjid nabi
2) gate of Jibrael
3) green dome of Masjid
4) Jannatul Baqee
5) shops n bazars
6) hotels
*kat mana pasar kurma...hotel al haram n Uni Islam Madinah..
nampak tak?....

2 pic ni: via stelite...tinggi lg dr mata helang'

Wednesday, January 6, 2010

santai... jom jnjalan..k Glasgow

silingan....





mengasyikkan: "Khairyn....kak Tulip copy pic ni yer..., best sgt nengok itik dan angsa tu..."
terkenang masa k sana: menginap di rumah kawan...dr Jasni...juga dr Nazira n Ikram...lamanya tak jumpa derang...masih di UPM kot...dan Ikram di TV mana yer...tak nmpk pun dia...



>
rindu juga...pada sejuk awal musim bunga.... dan pada kudup mawar yg mula mekar...bburung menyiapkan sarang..., asyik kan?
*pic ini Khairyn ambil minggu lalu kot....TQ arrr...kan sekarang ni cuaca ekstrim'..salji tebal di UK ...China juga....hinggakan perlawann bola pun ditunda...MU ngn mana err....haha, tak pasti...mmbe pnyokong MU tahu :)

cintai DIA


cinta Rasul


senandung RINDUku

kalau rindu, senandungnya melankolik ...dan ayatnya teramat sopan, malah bahasanya teramat indah...kekadang malah tak mampu diluahkan...
yang ku mampu kini...mengenali lebih dekat...muga ia lebih dekat di hati....

...
tentang Dia dan kota itu
...
RASULULLAH s.a.w mengharamkan Kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s mengharamkan Kota Makkah al-Mukarramah. Rasulullah s.a.w bersabda: (Madinah) kawasan yang berada di antara dua batu hitam merupakan kawasan haram.
...
Persempadanan Kota Madinah

1) Kawasan ini terletak di antara 2 batu hitam: ialah dua gurun yang panas di timur dan satu ketika dahulu dikenali dengan nama gurun Waqim manakala gurun di baratnya pula dikenali dengan gurun Wabrah.

2) Pengharaman kawasan yang terletak di antara dua gurun dan ketiga tiga perlembahannya iaitu Jama' Tadaru', Jama' Ummu Khalid dan Jama' Aqil/Aqir..iaitu bukit-bukit kecil yang memanjang keperlembahan Aqiq dari sebelah barat telaga Urwah-berhampiran Universiti Islam...*

3) Pengharaman kawasan antara Thur dan 'Ier

Thur: bukit kecil di belakang bukit Uhud. Ia berwarna merah...sebelah belakangnya terdapat
jalan menuju ke airport*

'Ier :bukit hitam besar yang terletak disebelah barat daya Zul Hulaifah..., terdapat
lebuhraya di lereng sebelah barat.


Madinah adalah bumi yang paling dikasihi oleh Allah s.a w kerana ia merupakan:
tempat Nabi berhijrah, dan tempat tidur baginda, manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta penolong baginda.

Madinah juga merupakan gedung iman dan di sanalah iman dapat bertaha di akhir zaman nnti. Di pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri dpd Malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak dapat memasukinya. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu...hampir kesemua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat Al-Quran atau diriwayatkan hadis. Ia adalah Haram Allah dan rasulnya s a w (Haramain)
...
bersambung

aku dilamun cinta

...
...
adat bercinta,....rindu
rasa teruja ingin berjumpa selalu...
menatap wajah...mendengar suara...
...
atau sekadar menatap gambar...
mendengar berita ...
atau pun bercerita tentangnya...
...
saat ini...
aku teruja...hanya mendengar cerita
tentang yg ku cinta...
dan aku jadi pencinta' yang terusan2 memendam rindu

...
bagaimana yer...harusku rungkaikan rindu ini...
sedangkan tidak ku temui erti kesudahannya...
tidak ku temui lagi... walau
penawar untuk semntara jua

serasa
begini dekat dgn DIA...
saat aku kembali menatap bait-bait 'sabda'
saat ku kembali membuka lembaran tentang 'DIA...
...
dan akan kembali menguntum senyum...
menghirup harumnya cinta

Cinta Rasul...

& cinta Madinah...


*selamat pulang tetamu Allah...[Hajjah Suzie]
menghambat lagi rindu ini untuk k sana lagi

Monday, January 4, 2010

JANUARI 2010


........
BERAT BEBAN KU
MENINGGALKAN MU
SEPARUH NAFAS JIWAKU

SINAR

BUKAN SALAHMU
APA DAYAKU
MUNGKIN BENAR CINTA SEJATI
TAK BERPIHAK
PADA KITA

KASIHKU...
SAMPAI DI SINI
KISAH KITA
JANGAN TANGISI KEADAANYA
BUKAN KERNA
KITA BERBEZA
...
DENGARKAN

DENGARKAN LAGU
LAGU INI
MELODI RINTIHAN HATI INI
KISAH KITA
BERAKHIR DI JANUARI


SELAMAT TINGGAL
KISAH SEJATIKU
OHHHH
PERGILAH....

...

DENGARKAN

SAMPAI DI SINI
KISAH KITA
JANGAN TANGISI KEADAANNYA
BUKAN KERNA KITA BERBEZA

DENGARKAN LAGU
LAGU INI
MELODI RINTIHAN HATI INI
KISAH KITA
BERAKHIR
DI JANUARI....

BERAKHIR
DI JANUARI...
*warna alam...waktu tahajjud...
2 pg hingga 4pg, rujuk:warna resonan waktu CVT

Friday, January 1, 2010

senandiloka...buat kalian

...
...

malam ini...kita berkampong...
esok kita bercerai...
...
bukan bercerai apa...masing-masing akan ke tempat baru,
betugas atau pulang ke pangkuan keluarga tersayang...

dan untuk kalian...
senandiloka buat anak2 umi...
yang umi sayang...


miskipun, kalian bukan aku yg melahirkan...
bukan aku yang mengasuh sedari kalian sebesar tapak tangan...
bukan juga aku yg menghantar ke tadika...
tidak juga yg membelanjakan wang untuk persekolahan...
...
bukan dengan ku kalian minta wang belanja...
bukan denganku jugak kalian bermanja...
bukan aku yg memujuk saat kalian sedih...
bukan juga aku yg mengawasi di mana kalian berada...
...
aku hanya knal kalian 'sejam dua'
di usia remaja...
di usia menganjak dewasa..
ada yang kata remaja tua...
atau apap-apa ajer larrr...
dan selayaknya...., sebagai anak2 ku sahaja...
...
di kelas yg skadar seminggu dua...
amali yang tak seberapa lama...
aku selalu lupa nama, lupa rupa...
ada salah nama salah juga orgnya...
maafkan lah yerr...
WHAT EVER...KALIAN ANAK UMI juga...

...
menyebut bberapa nama...
hasnul itu hitam manis orgnya...dengan mira selalu bersama...
azlan pulak yg putih montel ...arifin pun ku knal juga
Mas, dah knal lama...sama ngn firuz dr Melaka...
dulu2 dah pernah jumpa...
tapi mcm jarang juga bertegur saperr...
tak apa2, kira mcm kita BZ2 la sentiasa...
sampai2 tak sempat tanya khabar berita...

tapi bukan sekadar khabar brita, sepatutnya...jalinkan ukhuwah juga...
salam sayang salam ceria...anak2 di tanya...tentang susah senangnya...
tapi yg ni anak dewasa..
awasi dr jauh sajerr...
berikan kebebasan tapi ada hadnya, diberi pilihan jangan dera dia...
jangan kata pulak...
kalian ni dah bole fikir...bole menilai semuanya...
.
aduhai anak2...
kalian belum matang sebenarnya...dan perlu tunjuk ajar
perlu juga nasehat dan iktibar
tapi kadang tu... kanapa yer...
memaling muka ketika bersua...

tanpa salam tanpa senyum...jauh sekali bertanya khabar
seolah2...macam lah kita ni tak pernah kenal...
apa tah lagi...
nnti kalau dah jauh2 nun kat luar...
di daerah' atau state' atau jugak wilayah persekutuan...
...
rasa2: macam senyum kat dinding
free2 sajer...
anak2 tetap muka bersahaja...
agaknya...
kita selalu extra lecture'...
lalu anak2 suma...
menyampah tak terkata...

hari ini...
Umi nak kalian tahu...
marah umi tu marah sayang...
sebabnya: janganlah silap berulang2...
malas pulak nak berbincang
nak jumpa umi pun ...mcm lah nk jumpa Mak Belang...
hehehehe...mak belang ni...penyayang
amat penyayang...
sampai2 kalian semua pun umi sayang
sayang...memang sayang

dan akhir kata...buat anak2 tersayang...
doa umi...muga kalian SUKSES, walau di mana...
gunakan ilmu yang dipelajari...gali lagi...menambah yang ada...
...
jangan jatuhkan nama IVM tersyinta
jangan juga wat kami kecewa...
...
jangan lupa SOLAT...jaga tatasusila...
jauhkan dari yg mungkar, jauhi sejauhnya..
jangan dah terantuk baru tahu padahnya...
(kan dah kena pecat' dan buat malu pada keluarga)
...
Ingat tu...,
jangan lupa kami bila buat walimah
bukan nak sangat pun makan nasi minyak/nasi lemak(? )
sekurang2 nya..nak wish...selamat berbahagia... bahagia hingga ke syurga...
dunia dan akhirat...
selamat semuanya...

umiNUR a k a nailofar
...
...

SELAMAT TAHUN BARU!!!!! 2010M

...
SEMUGA RAHMAT ALLAH SENTIASA ADA UNTUK KITA SEMUA...

Wednesday, December 30, 2009

POHON itu...berdaun perak


...
saat ku memandang ke bawah...sayup ku lihat panorama alam, semakin tinggi...semakin kecil daratn yg ku lihat, air mengelilingi benua atau daratan yg nampak hanya sekecil pulau...
...
semakin tinggi...awan gemawan berada di bawah ku serasa bole dicapai tangan...dan serasanya aku melayang semakin tinggi. Teringat pulak cerita lagenda... dan aku seolah pari2 dalam lagenda indon yg bnyak disiarkan di TV kita. Alangkah...warna biru lautan membezakan...biru kehijauan, biru yg membiru...dan hampir dengan daratan semakin pudar... begitu kebesaran Allah yg menciptakan segala2nya...SUBHANALLAH
...
kenapa aku rasa semakin rengan saja tubuhku... seakan tidak berjisim, sedang kaki dan tanganku tidak boleh ku gerakkan, makanya aku hanya melihat, melihat ke kanan dan kiri..ke atas...ke bawah...tidak ada yg menyekat atau menghalang...tinggi dan terus tinggi...kalau tadi pemandangan melepasi awan...bukan sekadar awan yg mengandungi wap air atau titis hujan...tapi yg mengelilingi ku saat ini indah sekali...ada kilauan perak...yg mempesonakan,... aku semakin pelik...ke kemanakah aku kini...sambil terus ke arah yg lebih tinggi aku dapat juga mengagak' aku berpusing mengikut orbit...iaitu...arah lawan jam...kan kalau pusingan dalam galaksi suria...pun sedemikian...dan pergerakan tawaf juga sebegitu...terus2an aku mengucapkan...SUBHANALLAH...
...
OHHH..........masih juga terus meluncur laju dan kelajuan nya...aku tak dapat mengaggar...mugkin kelajuan 350km/jam sebgaimana tren termoden yg aku lihat dalam berita perdana tempohari...tapi lebih dari itu, laju yang tak dapat disukat, dan agaknya inilah kelajuan yg melebihi kelajuan cahaya....anehnya saat aku melihat pakaian labuhku ia tidak terasa merempuh angin ataun apaapa...begitu2 saja...
...
Nanarkah, jika aku meneka2... mungkinkah ini di angkasa lepas...bole teroleng ke sana dan ke mari...tapi tidak padaku...dan ttiba se rasa mendekati ke satu arah, seakan lorong, aku terdengar gemersik azan...dan aku seakan mendarat...tapi tetap begitu2 saja...terapung dengan tidak aku rasa...apa2 rasa...rengan dan rengan...bagai kapas...bagai debunga yg melayang melayah...

...
di sekelililngku....ada bebagai warna yg indah tak tergambarkan sebelum ini...merah kesumba yg lembut..seakan keperangan...kuning ...kuning...bukan sun set yellow...atau kuning kunyit...tapi seakan warna kuning labu...bingka labu, ttiba aku teringin bingka labu..., aku jadi sebak...perasaan yg muncul ttiba...menyedarkan aku...aku masih punya rasa...rasa dari relung hati...bukan dari pancaindera...
...
YA ALLAH...cantik nya pemandangan yg terhampar ini...hijau zamrud,...hijau lumut...hijau serindit...atau...apa jua hijau...yg pasti cantik teramat...dan berganti biru lembut yg teramat lembut menyatukan pandangan ku....kemudian warna itu ada warna...indigo...biru bercampur ungu...indah ...indah sekali tak terucap...hanya di hatiku tak hnti mengucapkan SUBHANALLAH...saat itu masih teringat pesan anakandaku' ucapkan SUBHANALLAH...bila melihat yg cantik...yg besar...[kalau tak berapa cantik atau tak berapa besar...SUBHANALLAH juga...tapi perlahan, sebut perlahan...dan perlahan2 juga aku kini berada di dimensi[KELILINGKU]...WARNA UNGU...warna fevret ku...

...
Ungu bercampur perak, kenapa asyik sgt dengan kilauan perak...mugkin kilauan emas bukan milik wanita...telah diambil oleh lelaki kesemuanya...,sebab itu lelaki haram memakai emas...sbb kilaunnya telah pun ALLAH bg...*
...
Kini aku semakin niskala'...kenapa di sini aku berdiri...dan melihat pohon besar lagi tinggi...seluruh dedaunnya...bekilauan perak... Dulu2 aku pernah lihat bentuk pohon kecil ala2 bonsai...berdaun emas...perhiasan berharga untuk ufti... mungkin dalam buku sejarah'. Teringat cikgu Haris,...guru sejarah, kerana dia yg mengajar sejarah...aku dapat A...semuga Allah merahmatinya...dan cepat sahaja aku membalik ingatan demi ingatan...pernah seorang guruku[guru semasa aku di darjah enam-cikgu Malik]bercerita...dia bermimpi....tentang pohon yg begini...dan daunnya jatuh, daun yag tertulis namanya, dia mengejar dan menyambut daun itu...lalu di letakkan kmbali ke tangkainya.....[semuga Allah merahmati guru ku ini juga]
...
Aku mendongak...langut sekali!...tidak tersa lenguh atau silau...sah mataku tidak berfungsi lagi...[seingat ku aku ada masalah silau]...kini aku melihat melalui mata hati[bukan mata helang, merpati, atau mata ikan]...entahlah...serba niskala...aku melihat semua daun tercetak nama...ohhh...di mana namaku...daunku..., aku terlihatnya...SUBHANALLAH...
...
dan aku melihatnya sesayup rasa di hatiku...akan gugurkah daun itu...?...andainya gugur...akan ku sambutnya...dan ku pulangkan ke tangkainya...bolehkah daun itu tetap kukuh...dan andainya telah sampai waktu, gugur daun itu...gugur jua...sebagaimana ketentuan DIA yg MAHA BERKUASA .....

...
tersedu aku...dalam aku memohon padaNYA...aku masih ingin bersama mereka yg ku sayang...masih ingin memperbanyak amal, dan masih ingin merafak memohon,keampunanMU YA RABB...air mataku, tak mampu ku usap...dan sedu sedanku...
menyedarkan aku ...ada rasa sakit pada ibu jari ku...aduh!


*[...macam dah nak pengsan aku kejut ko!...menangis tersedu2..., sampai aku azan kat telinga kau tadi...ni aku picit ibu jari kaki...supaya kau sedar'....roh kau meyasau tadi,...kenapa ni...apa mimpi kau....sedih sangat kenapa...tadi kau sebut Subhanallah berulang2....aku ingat kau dah nak mati....uwaaaaaaaaa]



*rujuk dr Hisaham RKi

Tuesday, December 29, 2009

cuci mata....


jom jom...cuci mata...
tak yah pakai aye mo' atau permata hijrah...
tu...apb sedang cuci mata... dia dan ibunya sedang cuci mata.

cuci mata:
1)mencuci mata dengan sebarang pencuci'...eg air bersih lg suci, atau ditambah bahan lain-GNS* atau pun ubat2ubatan.. kalau mata sedang sakit
awas! jngn guna air laut...nnt jd mata ikan(?)


2)memandang sesuatu yg indah,cantik dan menyejukkan...

*glass normal saline(0.85% sodium chloride)

apb-anak paus biru

senyum....sedekah





lawa/h some/cantik/menawan....semua ada, meow ni senyum bangun tido...selamat pagi meow!

Monday, December 28, 2009

Burhanuddin al-Helmy

...
catatan nailofar:
* kalau 'nama'nya sebegitu indah ...memang aku pun berhasrat nak pinang Din juga....
...

...
petikan m /s 437....

"Amerika dengan nilai sosiobudayanya yang kita terima selama ini buat kita berasa tidak selesa untuk membantah mereka. Amerika telah mendoktrinkan dalam kepala kita ni...melalui produk-produk mereka. Selagi kita tidak rasasalah apa-apa apabila menyokong Mancester United, minum ayaq cola mereka, makan segala makanan rengan mereka , lepas tu....puja pelakon mereka, berasa megah memakai pakaian buatan mereka, selagi itulah kita tidak akan terasa sangat dengan apa yang berlaku di Afghanistan itu angkara Amerika, kan." Dengan panjang lebar Din memberi pendapat....
....
Din itu iras-iras Sami Yusuf...itu kata Noor Suraya



*Umi lum habiskan ayat tu.......

Sunday, December 27, 2009

KL...m'sia



jauh dah bekelana' di kota Madinah itu...seketika kembali ke tanah air...M'sia tersyinta..,


....


Cuti sempena hari natal, ada trajedi menyayat...kemalangan ngeri di Perak, berhampiran Bkt Merah...
...
meragut 10 nyawa, kemalangan bas berlaku di hari2 perayaan...

apapun...

berhati2lah di jalan raya...

10 Muharram

Hari Asyura...(10 Muharram)...selalu di kaitkan dengan bubur asyura...bubur nasi yg dibubuh segala macam kekacang, ubi dan daging juga...ada juga dibuat seakan kuih talam...dipotong2...
rencah dan ramuan ikut daerah. selalunya..lada hitam...ikan bilis, udang kering, bawang dan juga sedkit halia....
seperti juga bubur pedas di Sarawak... teringat abang sulung di Kuching
...
kita lebih mengenali bubur Asyura dari mengetahui n menghayati peristiwa2 yang berlaku pada 10 Muharram dan kaitan nya dalam Islam..
2 peristiwa besar berlaku pada hari ini, yg diriwayatkan dari riwayat yang sahih :
1) kematian firaun setelah tenggelam di laut merah
2) Pembunuhan Hassan bin Ali r.a pada jumaat 10 Muharram tahun 61H...
...
kita tidak dituntut memperingati tarikh ini sebagaimana orang2 syiah menyambutnya dengan amalan2 bidah,
tetapi buatlah apa yg dilakukan oleh Rasulullah sebagaimana hadis ...
Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh atTobroni:
Tidak ada hari afdhal berpuasa melebihi hari-hari di bulan Ramadhan dan hari asyura.
...
Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW setelah berhijrah ke Madinah melihat orang2 Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah bertanya kepada mereka "hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya". Mereka menjawab ini adalah hari yang agung, hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya, hari ini juga Allah meneggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai bersyukur kepada Allah. Lalu kami trurut berpuasa.
Rasulullah SAW besabda "kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu", lalu Rasulullah berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain berpuasa juga.
....
selamat berpuasa pada yang berpuasa...
selamat berbuka...

[bubur asyura sbg juadah buka....sedappp]

Saturday, December 26, 2009

setiaku di sini


masih di sini...
kasihku abadi di sini
dan...
setiaku masih di sini juga...
...
pic atas tu....cantik....cantik sgt.....
mugkin itu kalau aku melihat masjid nabi dari mata helang, atau mata merpati...mmalam burung tak leh melihat... sayup dr kejauhan...
atau pun aku melihatnya dari tingkap hotel....
yg pastinya...
dari mata hati...
...
...
kiasan dr teman ...
Madinah ni...
belum smpat jatuh cinta...,
tapi di ulit kasih dan sayang..."
rupanya, sesipa sajer akan jadi puitis bahasanya...bila datng bab kasih n sayang...
bagiku...
pertama kali sampai ke sini...kasih ku abadi, sayang berkoyan2...dan cintaku' sampai ke mati...ehhhh sampai syurga....
...
...
tengok gambar pun dah jatuh cinta, lagi2 ada depan mata...
penasaran jadinya...

Friday, December 25, 2009

destinasi k 2


...
masjid.....Qiblatain
...
hehehhe, selepas minum secawan kopi...tea break'...
nak tunggu PP belanja, tak nmpak2 pun dia...mbe solat dhuha kat dalam tu... alhamdulillah
...
dia kata bole kalau nak belanja kami'...mak ai...ni mesti kaya'....nak blnja kami satu bas...nak tuntut jugak larrr....nnt dia dah kat m'sia ni...blanja makan laksa Teluk Kecai naaaaa....

masjid Quba'

masjid ini....
yang pertama di bina semasa Rasulullah behijrah ke Madinah, terletak 2 km dari kota Madinah itu...diceritakan Rasulullah hanya berjalan kaki ke sini utk menunaikan solat...setelah masjid Nabawi di bina. Solat di sini menyamai pahala umrah, sekiranya berwudhuk dan berniat semata2 ke masjid Quba dari tmpat penginapan...
aku n CK solat hanya sekali sahaja...dalam ziarah tak dikira yerk, 1/7 pun tak dapat...aku terbaca dalam pamflet pakej haji...ada yg menwarkan 7 kali ke masjid Quba..., maknanya buat solat di sana n pulang k penginapan...fardhu 5 waktu tetap di masjid Nabi...wah banyaknya pahala...
...
kenapa pulak aku mengira2 pahala...Allah sahaja yg mengetahui...tapi mengira pahala ini kadang jadi topik aku dan teman ...F
kalaulah dia tahu...solat di tempat tertentu...masjid2 yg terpilih...digandakan begini bnyak...tntu tak ada kalkulator yg akan dapat mnyimpan sebegitu bnyak deretan angka...mugkin direngkaskan...jadi 10 kuasa 6 atau kuasa 9...atau 10k ....100k...
...
F' di mana kau saat ini...bila cerita masjid...pahala...aku teringat sangat akan dia...
Bagi F...pahala kuantiti yg dikira..., tak apalah...asal dia rasa...betapa Rahmat Allah melebihi kemurkaannya...tapi alangkah...., bila dia hnya menyerah....katanya ..."i tak buat bnyak salah...tak dengki orang...tak aniaya org...malah i bg donation utk org susah...kira dah lebih pahala..."
...
sbbnya: kebaikan di ganda 10, tetapi jahat ,hany dikira 1 jika dilakukan...sedangkan kebaikan niat pun dah dpt pahala....
...
.
F teman ku ini...masih mencari arah(...muga ada hidayah buat dia)...
kalau pg ini dia ada dengan ku...dia akan kira betapa pahala yg di gandakan...bila kita solat di masjidl haram...100ribu
masjid nabi ...1000
ak aqsa ...500
malahan ganjaran lain...apabila dia tahu tentang kelebihan2 amal yg kita lakukan
eg: tawaf...solat dan hanya melihat kaabah...ada kelebihan nya
F...mari kita kira
tawaf ada 60 fadilat,
solat ada 40 fadilat
melihat kaabah 20 fadilat...
(fadillat..=pahala... senang nak bg dia faham...sdngkan itu Allah juga yg tahu)
nak dapat 20 percuma2...kena dtg ke masjidil haram, kalau kita solat...mengadap kaabah...di masjidilharam...cuba kita dharabkan...
100 000x40x20x10...kalau solat itu...ada bacaan yg di baca sbg rukun...di kira pahala setiap huruf...
(F pernah minta aku kirakan huruf bacaan yg wajib dalam solat...dia nak kira pahala)...
aduh F............aku bukan auditor!!!!!!!
...
:) tersenyum aku larr nih...ppg ada memangku' jawatan baru...yg kerja hakiki aku lum selesai...
...
sambung lg nnti...
nak berperang' kat dapur...tmpahan pizza mauripan' dah ada 2...
so....jumpa lg nnti

masjid 1 ziarah [2]


Masjid Quba'...
yang pertama di bina...oleh Rasulullah....
...
...

masjid yang pertama ini...smpat aku n CK solat...
posing larr jugak...pas tu aku ligar2 jer...lihat bhgian luaran masjid...pmndu pelancung tuh...dah tunggu suruh naik bas dah...tak tahu pulak lpas ni k mana...
...
seingat ku...kami akan ke ladang kurma, bestnya...kalau ke tmpt ternakan unta...lg best. Belum masuk list kot...dalam perjalanan tu...aku sempat bermonolog...
...
...
kalaulah anakku lelaki...mbe sebaya dia...tapi saiznya sudah semestinya kecik sikit larr, yg dia ni' besar n tinggi..kalah anak2 arab tuh...umur dalam 23 tahun ...err...mestilah hafiz'...err aku juga berangan kalaulah ada anak llaki akan ku hantar mengaji tinggi di bidang agama...biarlah...tak da gelar apa2...Dr ke Ir ker...ustaz pun ok apa!...[mcm ustaz Din...burhanuddin...yg dipinang oleh Jaja...] galmaour juga....lagi2 kalau hansome, suara sedap...lengkap pakejnya...
Ampun!!!!!!!
...
ohh bagus juga larrr, nnti aku nak tanya jubah yg di pakainya saiz berapa?....teringat Ustaz Nuar yg krem jubah... dia ni dah sampai k tanah air, penerbangannya lebih awal...sampai k tanah air ter'kurang ole2 buat teman2nya...untuk Arif larr, zizi larr...tu yg tak tahu saiz yg sesuai...alhamdulillah senang sikit kerja aku...tak yah teneng2...ambik jerr siz berkenaan...depo lebih kurang dia tuh...pmandu plancung(PP)
...
bersambung

Dia merujuk PP-pemandu pelancung...

bukan pp tembam ker apa kerr

takk der kna mgena ngn yg idup/mati




ziarah [1]

agenda bersama teman2 di tunda ke esok hari...selepas b fast,hari ini kami akan dibawa ziarah.. di sekitar ini sahaja..., tak lah jauh hingga ke...? [apa ker namanya.....]
waktunya: seawal pagi...dan sebelum zohor sudah berada di sini semula...
...
emmm, ada yg berebut juga nak yang awal...entahlah, ada juga aku terdengar antara jemaah yg nak k tanah suci ni..nak penerbangan awal...makan knduri pun nak cedok lauk yg awal...nak k bilik kecik yg awal juga...tu sbb duk lama2 termenung!
Ikut keperluan...jangan suma haruk' yg awal kadang yg akhir...lg bagus...ada tak bagusnya! kalau tang makan2...kalau bnyk berlebih alhamdulillah...tapi kalau dah habis...gigit jari...
ziarah ni...aku ttep tak pilih yang awal... naik bas yg hujung2 deretan...tapi pilih gak bas yg tercantik...baru.... at last' dapat yg last tu jugak.
...
perjalanan pun bermula...tak tahu pulak arah barat ka timur ka..tapi perhatian tertumpu pada pengumuman dr pemandu pelancung yg di tugaskan...sebelum tu, beliau ini membahgi2kan 'kalung'...kad nama yg di bubuh tali untuk pengenalan. Bertali oren....mungkin bas lain tali warna lain kot...
...
ucap salam dan kata2 aluan...aku dan CK dah mula tersenyum...rupanya pelajar Universiti Madinah ni masih tak ilang loghat'nya...dia menyusun ayat ikut bahasa baku..bahasa std lar...tapi alahai...tu terkuar juga ....org utara lar tu...hikhikhik
...
destinasi pertama...

bersambung

masih di sini...


biru...idaman daku

...
ayat ni sbhgian lirik lagu... biru warna yg aku suka juga, lembut dan sejuk mata mmndang...tapi biru yg melatari masjid agung ini...ada cerita tersendiri...

betul kata temanku...
susah rupanya hendak menzahirkan perasaan hati utk dipaparkan...
untuk mengembalikan suatu peristiwa dan suasananya yg telah kita tinggalkan...kita mengerah pancaindera kita...untuk mengingat...

malahan seringnya idea tergantung2...
mai2...tak dan nk tangkap...

i like blue....sky blue, smoke blue, ocean blue, aqua blue....ehhh cakap omputih lak
mcm la aku b fast ngn ...., kntang
sah2 aku b fast ngn ubi rebus...sama la ...ubi2an jugak

Thursday, December 24, 2009

pagi itu...

...
selepas ke raudhah...ke makam nabi...., tetapi berbeza dengan 2 3 hari sebelumnya...yang ku rasakan masa itu adalah teruja akan raudhah dan keistimewaannya...aku jadi begitu tegar tidak menitiskan airmata...jiwa ku rasa separuh kosong.... , cumanya rasa kasih...rasa rindu tetap ada...sungguh!...air mataku jadi mahal...
...
tapi pagi ini berlainan sangat...sedari awal lagi aku semacam ciwek[cengeng]
...
aku mengucapkan salam sjahtera....dan doa yg ku baca bernada sendu...anehnya! serasa jiwaku jadi merecup...tinggi menerawang, mengenang Junjungan Mulia...Rasul akhir zaman...Akhlaq mu akhlaq AlQuran...dan keperibadian mu jadi ikutan...
...
sifat lemah lembutmu, pemaaf, murah hati-dermawan, bertolak ansur, berani, suka menolong, pemalu, baik pergaulan dan beradab, belas kasihan, penyayang, menepati janji, menghubungkan silaturrahim, adil, amanah, menjaga kehormatan, bercakap benar, pendiam dan tenang, mmpunyai harga diri dan mempunyai petunjuk yg baik, zuhud, taat dan tekun beribadat....Rasulullah juga amat pembersih...
...
dan yg akhir sekali bnyak lg perinciannya: bersih zahir dan batin....
...
banyak lagi perkara baik pada Baginda yg bole diperkatakan, apatah lagi cerita Baginda dengan para sahabat...siapakah antara kita yg dapat menyenaraikan nama2 10 sahabat...dengan lancarnya....selain 4 orng khalifah yg masyhor itu...
...
...
berjalan keluar, aku masih lagi seakan tidak berjejak ke bumi nyata...jauh aku mngembara merentasi 1000 tahun ke belakang...
...
seketika berada di luar masjid...teman2 ku telah menunggu..,kami ada agenda lain selepas ini...ke pasar kurma...

...
kurma nabi/ajwa....masih lg jadi 'igauan