kalau rindu, senandungnya melankolik ...dan ayatnya teramat sopan, malah bahasanya teramat indah...kekadang malah tak mampu diluahkan...
yang ku mampu kini...mengenali lebih dekat...muga ia lebih dekat di hati....
...
tentang Dia dan kota itu
...
RASULULLAH s.a.w mengharamkan Kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s mengharamkan Kota Makkah al-Mukarramah. Rasulullah s.a.w bersabda: (Madinah) kawasan yang berada di antara dua batu hitam merupakan kawasan haram.
...
Persempadanan Kota Madinah
1) Kawasan ini terletak di antara 2 batu hitam: ialah dua gurun yang panas di timur dan satu ketika dahulu dikenali dengan nama gurun Waqim manakala gurun di baratnya pula dikenali dengan gurun Wabrah.
2) Pengharaman kawasan yang terletak di antara dua gurun dan ketiga tiga perlembahannya iaitu Jama' Tadaru', Jama' Ummu Khalid dan Jama' Aqil/Aqir..iaitu bukit-bukit kecil yang memanjang keperlembahan Aqiq dari sebelah barat telaga Urwah-berhampiran Universiti Islam...*
3) Pengharaman kawasan antara Thur dan 'Ier
Thur: bukit kecil di belakang bukit Uhud. Ia berwarna merah...sebelah belakangnya terdapat
jalan menuju ke airport*
'Ier :bukit hitam besar yang terletak disebelah barat daya Zul Hulaifah..., terdapat
lebuhraya di lereng sebelah barat.
Madinah adalah bumi yang paling dikasihi oleh Allah s.a w kerana ia merupakan:
tempat Nabi berhijrah, dan tempat tidur baginda, manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta penolong baginda.
Madinah juga merupakan gedung iman dan di sanalah iman dapat bertaha di akhir zaman nnti. Di pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri dpd Malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak dapat memasukinya. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu...hampir kesemua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat Al-Quran atau diriwayatkan hadis. Ia adalah Haram Allah dan rasulnya s a w (Haramain)
...
bersambung
No comments:
Post a Comment