Saturday, January 9, 2010

selamt pagi Bosphorus


masih di Bosphorus...menganyam mimpi..., mendahului kenyataanya....aku kian ralit menikmati pemandangn indah-[cuci mata].....juga tentang sejarahnya.
...
Selat Bosphorus atau disebut Bogazici menjadi pemisah benua Asia dengan benua Eropah. Panjangnya tiga puluh kilometer. Airnya mengalir dari laut Marmara di selatan masuk ke Laut Hitam di sebelah utara. Selat ini kelihatan biru disebabkan kedalamannya mencecah seratus meter.
Jambatan Bogazici merentasi selat ini , panjangnya 1074 meter dibina pada 1973...manakala Jambatan Sultan Muhammadd Fatih dibina pada 1988. Nama ini diambil sempena nama sultan Daulah Uthmaniyyah yang telah menawan konstantinopel daripada kerajaan Kristian Bizantin. Sejak itu Konstantinopel ditukar nama kepada Islam Bol yang bererti Bandar Islam dan kemudian sehinggalah sekarang ini terkenal dengan nama ISTANBUL.
Istanbul ditawan oleh umat Islam pada 29 Mei 1453Masihi. Beberapa percubaan oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya gagal, akhirnya Sultan Muhammad al-Fatih berjaya merealsasikan sabda Rasulullah s. a.w yang bererti; Sesungguhnya Konstantinopel itu pasti akan dibuka, sebaik-baik ketua ialah ketuanya, dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya. Sultan Muhammad al-Fatih telah membuktikan kesahihan hadis nabi.
Usaha menawan kota ini bukan mudah, malah memakan bertahun-tahun, kota ini dikepung oleh tentera Islam berbula-bulan lamanya. Dengan kebijaksanaan dan keimanan yang luar biasa dan kukuh sahaja pihak Islam mencipta kemenangan.
...
Pertempuran sengit berlaku , ledakan demi ledakan bertalu-talu memecah keheningan Selat Bosphorus bersilih ganti. Bedilan meriam ini datang nya dari arah Rumeli Hisari yang berdiri teguh berhampiran jambatan Sultan Muhammad al-Fatih dibalas dengan sengit dari arah benteng Anadolu Hisari binaan Sultan Beyazid di sebelah Asia. Sebuah kapal musuh yang cuba mudik ke Laut Marmara beroleng dan mula berasap setelah layarnya terbakar. Berlarutan berbalas bedilan, laungan Takbir bergema dari kedua-dua tebing, yang mengawal laluan tersempit Selat Bosphorus. Anak kapal musuh ketakutan, layar mereka patah dan hangus, dinding kapal pecah dan tidak dapat diselamatkan lagi. Bantuan untuk kerjaan Bizantin yang sedang dikepung tiga penjuru dipatahkan sekali lagi di tengah perairan. Tentera musuh tiada pilihan selain berebut-rebut menyelamatkan diri dengan menaiki sampan-sampan kecil atau terjun ke laut dan berenang ke tebing[jerung dan yu sudah siap menuggu]
Dari arah Rumeli Hisari bedilan meriam menggegar bumi...dan kapal musuh terakhir musnah dah terus tenggelam ke dasar laut.
Allahuakbar!
bergema takbir dari tentera muslimin, dan Sultan Muhammad al-Fateh yang masih muda dan amat segak itu sujud, tanda bersyukur atas kejayaan itu. Alangkah gembiranya....sultan berkhutbah dengan lantangnya...
"Sesungguhnya kejayaan itu adalah sebahagian daripada ikhtiar kita untuk menunaikan janji Rasulullah s.a.w . Matlamat kita masih jauh. Kota konstantinopel mesti kita buka dengan kemenenangan atau kita pulang kepada ALLAH sebagai syahid di sisiNya. Sesungguhnya aku malu dengan Abu Ayyub al-Ansary, sahabat Rasulullah s.a.w yang syahid bersemadi di pinggir kota itu."
...
bersambung...
panorama indah tebing Beylerbeyi menyapa pandangn, terminal semakin hampir...kita akan menjelajah Istanbul...
*dengan gubahan: petikan dari Rona Bosphorus...tajuk kecil: di dadamu bosphorus
kredit sekali lg: utk Zaid Akhtar
[promosi juga ni....baca dan miliki novel comel: RONA BOSPHORUS...kenali Afham dan Amal Hayati...juga Naurah yg manis...ustazah di segamat tu...]

No comments:

Post a Comment