Friday, March 12, 2010

untuk CN: buat tatapan semua


Sejarah Haji

Untuk memahami ibadah haji secara mendalam kita tidak dapat lari dari mengimbas kembali sumbangan Nabi Allah Ibrahim dalam memperjuangkan agama Allah. Hal ini dibuktikan apabila disunatkan sesaorang itu bersolat di makamnya ketika menunaikan haji. Kebanyakan ibadah haji ada kaitannya secara langsung dengan sejarah dakwah beliau dan ahli keluarganya.

Mekah ketika tahun 2500 sebelum masehi adalah meupakan satu kawasan gurun yg lapang dan tidak berpenghuni, setelah timbulnya telaga zamzam yg diriwayatkan terjadi hasil hentakkan kaki Nabi Ismail yg masih bayi ketika itu...Mekah telah berkembang menjadi sebuah kota.
...
SAIE...adalah untuk memperingati perbuatan Siti Hajar yg berlari dari dari satu bukit ke satu bukit (safa dan Marwah) untuk melihat dari atasnya kalau ada khalifah yg lalu, yg mungkin dapat menyelamatkan anaknya (Ismail) yg sedang menangis kehausan. Beliau telah berlari ulang alik sebnyak 7 kali. Menurut sesetengah riwayat Nabi Adam dahulunya ada membina sebuah tmpt beribadat di situ tetapi telah pun musnah. Dengan petunjuk ALLAH Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail telah membina Kaabah di atas tapak yg sama yg kemudiannya menjadi kiblat bagi seluruh umat Islam. Semenjak itu Mekah telah berkembang menjadi sebuah bandar yg ramai penduduknya dan juga pusat ibadah terutamanya ibadat haji.
...
Hari raya haji/ korban juga diraikan sempena memperingatai keteguhan Iman Nabi Ibrahim, anaknya Nabi Ismail dan isterinya Siti Hajar dalam menghadapi ujian ALLAH s.w.t. Diriwayatkan Nabi Ibrahim dalam mimpinya telah diarahkan untuk menyembelih anaknya yg disayangi sebagai korban. Berbekalkan kecintaan nya yg amat tinggi kepada ALLAH , baginda bersetuju untuk mengorbankan anaknya itu. Nabi Ismail dan Siti Hajr pula dengan rela hati mematuhi perintah ALLAH ini. Walau bagaimanapun berkat ketaqwaaan mereka akhirnya ALLAH telah menukarkan korbannya itu dengan saekor Qibas(sejenis kambing) upacara ini seterusnya diperaktikkan huingga ke hari ini apabila tiba bulan haji.
...
Melontar batu jumrah yg merupakan salah satu perkara wajib haji yg juga dikaitkan dengan peristiwa ini. Iblis yg telah bersumpah sebagai musuh umat islam hingga ke hari akhirat telah cuba menimbulkan keraguan akan kebenaran mimpinya...Melalui Siti Hajar pula dia cuba mempermainkan perasaannya sebagai seorang ibu yg menyayangi anak tunggalnya. Melalui Nabi Ismail dia cuba memenangi hatinya agar membantah kehendak bapanya. Usahanya sebanyak 7 kali keatas setiap tokoh ini agar membantah perintah ALLAH tidak berjaya. Sebaliknya mereka telah membalingnya dengan batu setiapkali menjelma di hadapan mereka.

2 comments:

  1. Salam Nailofar ,

    Bagus info ni.

    ReplyDelete
  2. salam rosli...
    t kasih...kita kongsikan yg baik...saya cuba gali bnyak lg info...muga ada munafaatnya insyaallah.

    ReplyDelete