Friday, March 12, 2010

aku dan puisi ini

percakapan kepada saorang al-Amin

[karya: Shamsudin Othman]


Saat tuan berpesan pada suatu hari yang bening
di hadapan para sahabat yang setia
dengan utusan wasiat terakhir
di pembaringan dan dada isteri
beriring air mata
Abu Bakar Umar Uthman Ali dan para sahabat
tuan dengan leluhur hati melafas sumpah
pada hari ini telah ku sempurnakan untuk kamu agamamu
telah ku cukupkan kepadamu nikmatku
dan telah aku reda Islam itu agamamu..

Pada suatu detik indah yang suram
aku masih bersila di hujung mimbar
membilang butiran selawat yang mencair di bibir
sesekali mengalir di kalbu

Tuan utusan bergelar al-Amin
di dada tuan sejambak siddiq mengkar mengharum
di dada tuan setaman amanah sentiasa subur
di dada tuan segunung ilmu tak tergapai puncak
di dada tuan selaut bitara tak mengenal surut

Tuan utusan pilihan gandingan ikrar syahadah
saorang nakhoda di laut syumul
ombak dan badai tuan tempuh penuh hikmah
angin dan damai tuan hirup penuh nikmat

begitulah tuan yang dikasihi
tulus dan jujur
bijaksana membina ummah dan insan
membangun negara rukun bertamaddun

Tuan bergelar al-Amin berilmu wahyu illahi
dipimpin Jibaril dari masjid al Haram, ke Madinah dan al-Aqsa
dari dingin gua menuju langit al-Qadar
hanya dengan mukjizat kerasulan

Tuan membelah cakrawala dengan doa syurgawi
suara tuan menjadi lunak menyusur wahyu terpuji
peribadi tuan kian santun menongkah langit sunnah

Tuan seruntun jiwa di taman iman
tegahari Rabiulawala 11 Hijarah
saat panas yang menggigit
selepas abu Bakar mengimami solat
di dada Aisyah dia atas pangkuan
tuan bergelar al-Amin
pergi meninggalkan kami

Hari ini 1431 tahun berlalu
tuan yang budiman tak pernah wafat di hati kami
miskipun fitnah membadai di jiwa
tapi insaniah tuan tetap sehidup semati

Tuan al-Amin junjungan agung
laksana bulan bersalut purnama
tebarkan cahaya hidayah
limpahkan terang ke dada zulmat
dengan kesegaran embun syafaat
beriring selawat dan qasidah
ke hatiku
perindu yang setia itu

Tuan bergelar kekasih Ilahi
tuan tidak pernah wafat di hatiku

....
anjung puisi...
107***raudhahsakeena
BP JDT

No comments:

Post a Comment