Pertemuan ini bukanlah pertemuan pertamanya dengan Rasulullah....sebelum ini dia adalah salah seorang daripada wakil perutusan Madinah pergi ke Mekah untuk mengangkat sumpah setia atau bai'at yang diberkati iaitu "Bai'at Aqabah ke dua". Abu Ayyub adalah diantara 70 orang Mu'min yang menghulurkan tangan kanan mereka ke tangan kanan Rasulullah serta menjabatnya dengan kuat, berjanji setia dan bersiap sedia menjadi pembela.
..
Dan sekarang ketika Rasulullah sudah bermukim di Madinah dan menjadikan kota itu sebagai pusat bagi Agama Allah, maka sebesar2 kemujuran telah melimpah kepadanya kerana rumahnya telah dijadikan rumah pertama yang didiami oleh muhajir agung, Rasul yang mulia.
Rasul memilih untuk menempati ruangan rumahnya di tingkat pertama, tetapi bilaman Abu Ayyub ke kamarnya di tingkat atas dia menggigil, dan tidak berupaya membayangkan akan berdiri atau tidur di suatu tempat yang lebih tinggi dari tempat berdiri dan tidurnya Rasulullah itu. Lalu dia mendesak Nabi agar baginda berpindah ke tingkat atas....hingga Bagindada Nabi pun memeperkenankan pengharapan itu...
Baginda nabi tinggal di sana sehingga selesai pembenaan masjid dan bilik disampingnya..., dan semenjak orang2 Quraisy bermaksud jahat terhadap Islam dan merancang menyerang tempat hijrahnya di Madinah, menghasut kabilah2 lain serta mengerahkan tenteranya untuk memadam nur Illahi.....semenjak itulah Abu Ayyub menumpukan seluruh hidupnya untuk berjihad ke jalan Allah.
Dimulai dengan perang Badar, Uhud dan Khandak...beliau tampil sebagai pahlawan yang sedia mengorbankan nyawa dan harta benda untukAllah Rabbul Alamin...bahkan sesudah Rasul wafat pun tak pernah ia ketinggalan menyetai petempuran yang diwajibkan atas orang Muslimin...sekalipun jauh jaraknya yang akan ditempuh dan berat beban yang akan dihadapi....semboyan yang sering diulang..baik malam atau siang...dengan suara keras atau perlahan...adalah firman Allah: yg bererti...
"berjuanglah kalian, baik di waktu lapang maupun di waktu sempit"...[at-Taubat: 41]
hanya sekali beliau tidak menyertai balatentera Islam, hanya kerana masalah tidak berpuashati tetapi kekesalan sentiasa menggoncangkan jiwanya...dan selepas itu beliau tidak pernah ketinggalan dalam peperangan...keinginannya hanyalah untuk hidup sebagai perajurit dalam tentera Islam, berperang di bawah benderanya dan membela kehormatannya....
...
bersambung
No comments:
Post a Comment