Sunday, December 20, 2009

Mimbar Masjid Nabawi....

Dalam sebuah hadith ada diriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW sering berkhutbah sambil bersandar pada sebatang pohon tamar, di dalam Masjid. Kemudian apabila sebuah mimbar dibina utk Baginda dan baginda berpindah ke situ, batang pkok kurma tsbt menangis teresak2 bagaikan esakan unta betina terhadap anaknya, Nabi turun menemui batang kurma tsbt dan memeluknya lalu berhentilah esakannya. Nabi bersabda "sekiranya aku tidak memeluknya, nescaya ia akan terus menangis hingga hari kiamat".

...
semasa pemerintahan Mu'awiyah, beliau hendak memindahkan mimbar itu ke Damsyik lalu kaum Muslimin menyuarakan bnatahan dengan lantangnya, angin bertiup dengan kencang dan gerhana matahari pun berlaku, bintang2 muncul pd waktu siang, dan bumi menjadi gelap gelita sehingga org ramai berlanggaran sesama mereka, jalan2 serta lorong tidak dapat dipastikan lg. Apabila Mu'awiyah melihat keadaan tsbt, beliau membtalkan hasratnya dan menambah enam anak tangga dibahagian bawah membar tsbt, menjadikan keseluruhan sembilan anak tangga.

...
...
dipetik dr P.IBN Battutah...

bila waktu telah berakhir....

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia sementara
bagaimana kah bila semua
hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masihkah ada jalan bagimu
untuk kmbali mengulang masa lalu

dunia...di peluk hnya hiasan
semua...
dan sekarang yg ada
akan kembali padaNYa


bila waktu tlh memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi....

bila waktu telah berakhir
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
temn sejati tinggallah sepi

bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi

Raudhah....seindah namamu..seharum kasihmu


RAUDHAH...
menyebut nya..ada lah rindu
mengapung harumnya menusuk kalbu
sedang rindu terus menghambat
seakan tidak terdaya jiwa ini menanggugnya
...
...
Raudhah itu luar biasa....satu kawasan di mana terletaknya mimbar nabi , aku terkesima...memandang seakan kembali aku ke zaman baginda....yg masjid ini dari batang kurma sbg tiangnya, pelapah sbgai atapnya...
Yang ku lihat saat ini...ruang yg amat mendmaikan, penuh dengn Rahmat, pnuh dengan nikmat...harumnya...mengapung menjadikan diri rasa selamat... dan hangat dengan rasa kasih...kasih yang tidak berbelah bagi...pada kekaksih...kekasihMU ya Allah..kekasih kami juga...
...
Raudhah..aku dalam dakapanmu...untuk ku gapai kasihMU ya ALLAH...terimalah aku yg datang ke sini atas nama rindu yg teramat...ingin bersama dia yg kau cinta Rasulullah pemimpin Ummah...Ya Allah...kau redhakanlah pengabdian ini...walaupun telah seribu tahun lbih aku terpisah dari kekasihMu, yg membawa sinar dan deen...untuk aku menjadi hambaMu yg taat...namun...utk kali ini....di masa ziarahku...izinkan hambaMu ini...bersama dia...melarai rinduku...
aku solat di hujung karpet warna abu2...itulah pertama kalinya, dan aku sujud dalam himpitan jemaah yg berasak...doaku waktu itu hanyalah...aku ingin solat lagi..dengan lebih tenang...dan aku ingin sekali memanjang doa...
seketika itu shaja...aku berundur setelah jemaah berjejal tanpa ada hadnya...kenapa yer, sedangkan andainya bertenang2 alangkah baiknya...semua jemaah akan ada kadar waktu untuk solat dan berdoa...kerana di situ adalah antara tmpat himpun doa...taman raudhah tempat himpun doa...
...
knapa yer bahasa ku jadi begitu...alangkah manisnya,
serasa ber sastera..adakah lantaran rindu yg melulu...
...
nailofar...BP JDT

Saturday, December 19, 2009

catatan 'nailofar...masjid nabi 13hb Jan 08

...
dengan Bismillah dan doa...aku melangkah kaki melalui pintu Uthman Affan, perasaan berbaur...sukar sgt2 nak digambarkan...
Syukur Ya Allah...aku di beri peluang ke sini, ke rumahMu...ke Masjid Nabi, Rasul utusanMU...
Takbiratulihram...dalam deraian airmata...aku pasrahkan diri mengabdi padaMU...dalam ruku' dan sujudku...hanya padaMU ya ALLAH...aku ingin dekat denganMU...dekat dengan kekasihMU...terimalah aku...
...
...
selesai solat Isya...kami di pandu ustazah TH, utk ke Raudah...teruja sgt, smpat membawa alquran kecil dan buku doa ...sementara menanti giliran...aku menghayati kalimah ALLAH seadanya. Banyak kerenahnya apabila jemaah wanita[wanita sahaja]diarahkan, bergerak bergilir2 mengikut kumpulan eg: malaysia Indonesia spore brunei...sekumpulan..pakistan india ... Turki...masing2 kna ikut giliran..kalau disebelah kumpulan asia kita..maka arahan dalam bahasa melayu/indon...arab bercakap melayu pelat..ada juga polis/peg keselamatan org indonesia...berpakaian sut cantik, bukan jubah...spt polis wanita mesjid... [ayat paling canggih..DUDUK...duduk...du du'...]
..
faham sahajalah...org 'kita' lebih bersopan, tapi ada juga yg terjal2 ala2 di tengah padang...terlupa kan kita sedang berada dlm mesjid...sampai2 aku memberi salam dan sdikit teguran, '...adik2, kakk...jangan begini, Rasulullah semasa hayatnya...tidak suka wanita begini...bersabarlah..kan kita sama2 nak jumpa dia..." sekelumpuk jemaah indon diantara aku dan CK, mereka tak mahu beri ruang utk jemaah lain, nak dekat dengan teman2nya sanggup menghimpit2 sedangkan dihadapan kiri kanan adalah jamaah juga...seakan dah ilang sifat lembut wanita...apalagi wanita solehah...{?} mugkin ketua kumpulan menyedari teguran ku, selepas itu aku dengar IBU KRIS beri ceramah rengkas pada anak buahnya.... agar tidak terburu2, dan dapat ku dengar bnyak juga ceramah freenya
[aku pun berkenalan dengan beliau, cantik dan muda lg, selalu membawa jemaah mungkin org kuat PAKEJ...]...
'...nanti di hadapan sana, bila dibenarkan masuk, cepat2 dapatkan tempat, yg raudah itu...karpetnya warna abu2...solat, dua rekaat...berdoa dalm sujud...setelah salam...cepat beredar..kalau tidak akan di marahi...atau di langgar jemaah lain...' antara yg aku dengar...sedang aku terus mengahyati doa2 yg patut di baca...
...
segala pujian2 tertentu bg ALLAH seru sekelian alam, pujian2 yg mnympurnakan dan menambah nikmat2nya..
Wahai Tuhan kami, kpd Engkaulah pujian2 yg selayaknua dengan keagungan dan kebesaranMU, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat2nya.
Ya ALLAH ya Tuhanku, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, datuk neneku dan semua kaum kerabatku, saudara maraku,dan sekelaian guru2ku seterusnya sekelian org2 mukmin dan mukminat muslimin dan muslimat, samada yang hidup atau yg telah mati...dengan limpah rahmatMu wahai Tuhan Yang Amat Pemurah lg Amat Penyayang... Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau telah berfirman dan firmanMu adalah benar....


"jika sekiranya mereka telah menzalimi diri mereka sendiri lantas mereka datang kepadaMU lalu memohon keampunan kepada ALLAH, rasul pun memohon ampun untuk mereka tentulah mereka mendapati Allah itu Maha Penerima Ampun Lagi Maha Penyayang"
Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon syafaat nabiMU dan Rasul-MU junjungan Nabi Muhammad SAW atasku di hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberi pertolongan sesuatu apa pun, kecuali( harta benda dan anak pinak) yg berjalan kpd Allah dengan hati yg selamat sejahtera(dari syirik dan penyakit munafik) dan bahawa Engkau sempurnakan keampunan kepadaku seperti Engkau sempurnakan kpd mereka yang sezaman dengan Rasulullah...SAW.
Ya Allah , Ya tuhanku Kadikanlah MUhammad SAW org yg mula-mula sekali memberi syafaat,yg paling berjaya dpd org2 yg memohon dan paling mulia dpd golongan yg terawal dan yg terkemudian dengan kemuliaan dan kemurahanMU wahai Allah Tuhan Yang Amat Pemurah Lagi Amat Penyayang.
Ya Allah Ya Tuhanku! Aku pohon kepadaMu keimanan yg sempurna keyakinan yg sebenar sehingga aku mengetahui tidak akan menimpa bencana kepadaku melainkan apa yg telah Engkau tetapkan. Aku memohon Ilmu yg berguna, hati yg sntiasa khusyuk, lidah yg selalu mnyebut namaMU, limpah kurnia rezeki yang halal dan baik, amalan salih yg diterima serta perniagaan yg tidak rugi.
Ya Allah Ya Tuhan kami, lapangkanlah dada kami, tutpilah keburukan kami, ampunilah dosa kami, tentweramkanlah hati kami dr ketakutan, sempurnkanlah amalan-amalan kamikpda dengan kebajikan, terimalah ziarah kami ini, kembalikanlah kami kpd ahli dankeluarga kami di dlm keadaan selamat dan sejahtera, tidak kecewa denagn bala bencana, Engkau jadikan kami dr golongan hamba2-Mu yg salih iaitu dr golonganmereka yg tidak takut terhadap seteru dan tidak merasai susah hati....
amin...

Friday, December 18, 2009

Masjid Rasulullah dan Raudahnya yg Mulia

...
petikan dari:PENGEMBARAAN IBN BATTUTAH Pengembara agung, karya terulung, menyingkap wajah dunia

muka surat 134

Masjid Rasulullah yang mulia itu berbentuk segi empat bujur. Masjid ini dilingkungi oleh tiang-tiang yang mengelilinginya di keempat empat penjuru iaitu utara, selatan, timur dan barat. Di bahagian tengah masjid itu, terdapat halaman dalam yang terbuka dan berlantaikan batu serta pasir. Masjid Rasulullah itu dikelilingi pula oleh sebatang jalan yang berturap batu yang terpahat. Raudah yang suci itu[semuga ALLAH merahmati dan memberikan kesejahteraan kepada penghuninya] terletak berhampiran dengan penjuru tenggara masjid tersebut. Rupa bentuk Raudah tersebut agak luar biasa dan sukar untuk di huraikan. Ia diserikan dengan batu-batu marmar yang amat unggul pahatan serta tinggi mutunya. Bahagian atasnya pula masih terdapat bekas sapuan kasturi serta harum-haruman(yang telah menjadi hitam dan merkah) meskipun telah melalui peredaran zaman yang panjang....

...
...
Ini adalah catatan IBN Battutah pada tahun 726Hijri, membaca bab ini...kembali ke zaman yang berabad sudah berlalu..namun gambaran 'tentang' Masjid Rasul...menguja sesiapa sahaja...di zaman mana sekalipun.


ikuti catatan 'nailofar' yg bukan mana2 penulis pun...hanya catatan...insan biasa...tentang Masjid ini tentang Raudah juga...

Thursday, December 17, 2009

nyamannya...Madinah kota yg mendamaikan


...
menjelang asar...kami sampai ke destinasi...
...
...
bukan saja ibarat ...sireh pulang ke gagang
atau belut pulang ke lubuk
atau ...apa lagi..?
[untuk menggambarkan perasaan bila kita jauh berpergian, dan telah sampai k tmpat yg di tuju eg: rumah kita...atau tanah air kita...Sesampai aku di kota Madinah ini...ada aura yg sebegitu.... rasa lega dan bahagia]

dangkalnya simpulan bahasa ku...mohon CM tambahkan ilmu mmrtabatkan lg BM
...
Tak dapat ku istilahkan,bagaimana rasa hati...
gembira...sayu juga...namun perasaan ceria melebihi semuanya....iyer larr...dah selesai pekrjaan haji dan kini ingin sekali menjejaki kota suci ke dua...madinah...namun terkesan juga di hati...bila mengingat sirah Rasul...bagaimana penghijrahan Nabi ke Madinah...juga penerimaan kaum Ansar...mempersaudarakan kaum Muhajirin...
...
Mesjidinnabawi hanya beberapa meter sahaja dari tmpat penginapan, berselang sebuah bangunan , kami boleh terus masuk ikut pintu sbelah kiri penjurunya...dan yang paling best...
...
NYAMANNYA ....
SUHU YG SEJUK...
dan hati yg berirama gembira...membuat aku teruja sangat nak cepat ke Masjid...tapi, ada tapi....aku tunggu hingga lepas maghrib.

selepas makan malam, dan bersedia utk solat Isya...kami ke masjid, perkarangan masjid gemerlapan dan jemaah yg berwajah gembira seperti aku juga...mnmbah keterujaan hati untuk masuk dan berada dalam masjid yg mulia ini...
nailofar
lepas mghrib 1 Muharam 1431
...
[ke blog sesaorg seakan ku knal, maafkan yer andai terlebih 'cara' umi...dan jumpa gmbar cantik atas tu...]
*PIC atas semuga diizinkan, ...tq yer, kalau tak izin umi padamkan nnti

Wednesday, December 16, 2009

sepanjang jalan....


kenangan 2 tahun lalu masih juga menggamit, rasanya tak habis2 episod kenangan ini...
...
bnyak gak yg masih terpahat di minda...perjalanan ke Madinah..., rasa kagum dengan jalan raya yg lebar dan cantik, tak payah ada pondok2 TOL....dan pastinya harga minyak tentulah murah...bukan setiap bbrapa bulan naik dan naik tak turun2...
Aku dah kepingin nak mamndu, dengan kenderaan yg mewah2 dan jalan raya yg begini...mcm nak pecut jerrr..hehehehe
...
...
bila tiba ditempat rehat..., dah pastinya 'mengisi perut' agenda pertama...dalam separuh mamai...aku turut jerr org lain turun ...mencari tempat buang 'dulu baru lah di isi penuh selepas itu...
...
kami makan nasi...bariyani kut...apa apa ajer, asal nasi...lauk ayam...emmm nmpak sedap...
dalam dulang bujur...share 3 org, belum pasti bole habis... klau di kg ku...nasi ambang'(ambeng) buh dalam dulang besar...share 4 orang...tapi kalau tak habis bole tapau...
Alhamdulillah...kenyang
...
ada juga berhenti di tmpat pemereksaan paspot, sambil tu...ngeteh' larr kan. Sempat possing...poster atas tu yg menarik perhatian...
...
...
Alhamdulillah...mnjejak juga kami k kota Madinah...

[kalau tak jejak susah jugak yer...maklumlar...suku sakat cucu buluh betong masih ada susur galurnya di malaya...malah raja buluh Betong pun...masih bertahta di persemayaman 'High Castle...]

ampun CR...ambil sikit aura raja n ratu...
...
...
Sejuk nyaman kota Madinah, sekitar 13 ke 14 darjah celcius...Aku yg gemar sejuk...tak tunggu lama, selepas solat...n makan, aku ronda...

Cerita bagaimana syahdunya...semasa pertama kali di Masjid Nabi...kita buka bab lain yerr, ada feel tersendiri... aku masih terhidu wanginya raudhah...
...
...
cerita ronda2 n aku seperti seakan pegawai TH...akan menyusul...tapi ada cerita berkaitan di n3 sebelum ini: sila lihat...'manisnya madu'...

ok...rehat dulu

Tuesday, December 15, 2009

b4 berangkat [k tanah suci Mekah 07/k Madinah 08]

...
...
Disember 07
b4 berangkat ke tanah suci, kami hadir k taklimat akhir, penyerahan paspot n juga beg haji...[yg ada roda...warna maroon] di akhir ucapan peg TH ...tuan haji Aris bertanya...cukup tak 40 hari tu utk KT 63...Aku n CK...spontan jawab tk cukup. Iyer lar, jemaah KT lain dapat 45hari...
...
...
di jadikan cerita...ini juga menjelaskan pada kita 'betapa semua ALLAH telah aturkan'..dan janjiNya amat tepat. Kami kena memanjangkan masa seminggu lagi di Mekah...berkenaan masalah pompuan larr...untungnya jadi pompuan...dapat aku berlama2 lg...berkasih sayang...ngn kota suci yg mulia ...aku mnyaksikan MH dalam hujan...dataran kaabah di genangi air, dan jalan2 mghala k MH lengang...peniaga lbih senang minum secawan teh...dpd berjualan..[dah untung bbenar lar tu]...dan aku dikunjungi keluarga ank murid temanku, dr Jeddah...Masa ni juga dapat solat di mkm Ibrahim....n possing...hehhehhe
....
....
Januari 08
ini yang menggelikan hati...masih juga tergelak bila bercerita bab ini...
pagi b4 berangkat ke Madinah...[selepas tawaf wida']...kami diarahkan berkumpul di lobi... dan akan di hantar ke hotel berhampiaran, kena ikut KT depo lerr...
santai2 sambil bfast...[peg TH dah mncari2 kami]...aku dan CK berangan2...tentunya akan ada kereta besar...mcmpak arab tuh...jmput kami...
rupanya...barang2 kami dipunggah ke atas kereta...yg tu (?) kereta...maknanya yg beroda lar kot..walau 2 roda...uwaaaaaaaaaa...bukan kereta lar, tapi kerusi roda...ada roda...
what ever larrr...asal sampai...syukur lar barang2 jer yg naik...tuan punya masih ok...
...
pekerja TH yg tolak lerr, aku n CK lenggang kangkong...lalalalalala...
biaq pi....tak moh lar tolak...kami ikut eksalator lg....sambil tu..kami gelak...sakit2 perut...
[hati yg berhiba2...jd campur aduk ngn lawak tak dijangka]
...
begitu begini...waktu berangkat tiba..., Pak syekh naik bas, ucap slamat jalan...sambil hulur tasbih n kurma...ada ayat pulak tu...'sila datang lg, bawa famili...' iyer la...sewa hotel lg...duit masyuuuk lg....
...
biasalarr...bas brgerak...rahang pun gerak2, makan kurma...makan kudapan...pas tu mata ralit..., sayup jerr...pmndangan kat luar pun klabu juga...
....

ok sambung lg...insyaallah
...

Sunday, December 13, 2009

roti canai, ayam golek

...
...
hari2 terakhir di Mekah musim haji itu, aku dan Imah serasa teringin sekali duduk di warung roti canai n mmesan teh tarik roti telur, atau perata kosong shj....ishh2 fikir 2 kali mcm terjangkit lak ketagih pak Hj yg melepak kat depan lobi hotel-penginapan ku...[depo melapak kat situ sbb ada gerai roti canai, atau capati...aku tak pernah singgah pun... Q pnjang semedang]
...
satu pg, sepulang dr MH... aku dan Imah bertekad...singgah di satu kedai pakistan..yg mnjual roti canai...dan seresepi dngnnya...ada gak lain2 menu...tapi mata lbih nmpk roti canai...lagipun kami nk tapau jerr, masakan kami nak duduk di situ...yg lbih ramai kaum adam...dr kaum kami yg tak berapa kerat... aduhai kawan...Imah meredah masuk, dan aku memegang beg hanya mnuggu di luar kdai...kbetulan ada tangga di tepi kedai tsbt. Ada bebrapa hajjah juga hnya mnuggu di luar...smntara suami mereka mengorder.

...
Oleh kerana Imah yg telah potong Q, kelamkabut....si samad' hitammanis mnyudahkan kerjanya dan mlayan order Imah...bukan sekadar apa yg kami beli...si samad lebihkan sekeping lg...tnpa charge...knapa yerr...[tak tahu sampai kini]
...
Ayam golek pulak aku selalu berhnti di kiosk sebelahan Ramada hotel, sbbnya...kami hnya beli separuh jerrr...hehehehe, bkan kdekut...tapi tak mahu mmbazir larrr...di tmpat lain di jualnya sekor2....mana larat nk habiskan berdua...
...
...
Tapi tang kami ngeteh' di mana2...kami kenang sbg yg terlucu...esok jerr cerita.
nak tdo...esok kerja... muga mood dah berubah, kan kerr musim cuti ujung tahun...kalau start dr 18hb...bestnya...cuti pnjang kita.... selamat bercuti bg yg bercuti.

hari malas sedunia...

...
bila lar pulak termaktub sedemikian bunyinya...sedangkan aku jer yg bermalas-malas..
apa tak nyer...aktiviti bermula hanya selepas asar...
...
...
ppagi melayan sakit gigi n sakit leher...salah bantal kata org. salahkan bantal larr pulak sndiri tak betul...selepas b fast...dpat gak memotong baju kedah/maksudnya menggunting kain utk di jadikan baju... beli kain kat Angsana,RM6 80semeter...kain kapas[bondaku gemar kain kapas yg sejuk nih, barulah dia akan pakai baju tu sampai lusuh]...
...
menjelng tngahari ada jiran ku yg baik hati baik budi...hantar lauk n sayur, siap berhidang...t kasih larr...budi mu ku kenang...sok2 kita makan RFC yer, biar Cik blnja...
Baru dlm 2 bulan restoran RFC ada di Kluang...dah lbih 7' kali aku mngulang...hehehehe, mesti bg sokongan pnuh pada HPA...btul tak HJ Ismail?....
...
Pas tu, tngok TV....sampailar TV tengok aku sewaktu mnonton cerita lagenda Indon. Mengarut tapi sambil layan mata, layan gg yg sakit juga...tengok lar ngn mata katup2 ala tidur ayam
...
Aduhai, mesin basuh ku mcm hilang fugsi hari ahad nih...lepas asar..aku k halaman...
Alhamdulillah dapat gak aku menerang, mmbkar daun2...dah 4 5 hari tak hujan...dalam 2 jam aku tengok halaman bersih, pokok2 bunga segar....bau asap yg wangi, kalah bunga santalia yg kat penjuru halaman tuh...
...
Azan mghrib, aktiviti luar rumah stop...sat lg, aku akan berkampong di dapur pulak....basuhan ku masih tergendala...sambil tu smuga sakit gg ku mereda...n beri peluang aku godeh PC pulak
...
semuga

Friday, December 11, 2009

hujung minggu...

ptg jumaat, mood merudum...dah timbul aura' mood ujung minggu....
tapi Disember ujung minggu paling sebok...bersusun undangan ke majlis walimah...kadang sekadar menjenguk n ucap selamat serta mnyampaikan cendrahati ....
tak larat dah nak menjamah jamuan.......

lunch time tadi aku k show room Clay Tan...beli cnderahati untuk bakal pengantin...belilah barangan buatan malaysia...
...
...
bukan nak cerita pengantin dan cenderahati....tapi n ak cerita, ehmmmmmm setahun mendatang...tentu ada baby....yg comel2...
santai2 petang jumaat aku nak tempek video ini...gambar ibu2 dan bby yg comel2....

sila ambil tempat...n hayati bersama...
jengjengjeng............

Wednesday, December 9, 2009

tawaf sudah sa'i pun sudah

...
...
sesudah selesai sa'i....maka selesailah rukun haji..dan kita telah bebas dari larangan dalam ihram. jika kita telah bertahallul-bercukur atau bergunting -(3 helai rambut) setelah selesai melontar hari nahar-(jumrah alaqabah), sebahagian pantang larang dalam ihram telah pun bebas. Hanya beberapa perkara masih lg perlu di jaga iaitu perkara berkaitan suami isteri. Maka dengan melakukan tafaw dan sa'i semua larangan dalam ihram 13 perkara itu talah dengan sepenuhnya menjadi bukan larangan lg...
...
...
Tapi...ada ayat, yg ku baca pada poster yang tertampal di dinding sebelah lif di hotel-tempat penginapan kami...ayat lebih kurang sepeti tajuk tetapi berbeza isu nya:

Haji sudah umrah pun sudah...apa lagi
bilik untuk di sewa...RS 80.00/mlm
...
...
ohhhh...ada yer bilik utk di sewa...iyer lar kan... isunya tak lari jauh...---meraikan bebas dari ihram...

sekian t kasih :)

selamat hari jadi

...
nak ucap selamat hari jadi pada YB HC, merangkap juru cakap PDKM...juga di kenali ngn nama Pak Itam...atau nick name dia-rezeki .....

Selamat hari jadi...smuga hari-hari mendatang ceria..bhagia, di samping keluarga....n tugas seharian....

sambung nnti2...kelas dahn nk startt.......
tungguuuuuuu

Monday, December 7, 2009

berbaloi-baloi...TOT

...
...
errrrmm, geram juga plan tak menjadi, entah berapa kali plan nk cuti2...ttiba kensel di saat akhir...cuti ku masih ada lebih 20 hari...wah bnyak lg seh....bole kliling dunia....
...
ke mana agaknya tu...
...
dlm angan2...mestilah ke tanah suci lg, lpas tu istanbul....baki cuti ada lg...ke korea pulak...ke China juga... pas tu baru larrr nak ke...tuttttttttttt
...
ala angan2...free pun...tak modal apa-apa...
...
...
Tapi pagi ini....Alhamdulillah..., agaknya berkatnya aku ambil suma perkara dr sudut positif, kursus 4 hari ini Insyaallah...dapat mnmbah ilmu...bagaimana nak jd 'cikgu' yg baik...iyer lerr nama kursus pun...Training of trainers ....
...
hahahahaha...ada satu pkara yg cukup menyentuh...rasanya bagus kalau rakan sekerja yg itu...?...yg punya ilmu 'SAKA'...sama2 hadhir....bunyi ayat puan penceramah ....
''.....jangan sesekali kita beri jawapan, menyatakan kita tidak tahu, ilmu kita takat ini...., carilah ayat yg lbih mencerminkan kita profesional....eg: t kasih atas soalan itu, soalan yg baik...tapi saya akan rujuk kepada yg lebih arif... bersangkutan dgn pertanyaan td..."

...
untuk menjadi cikgu'...[maaf larrr kami bukan cikgu yg ada degree atau diploma pendidikan...]kami berbekalkan pengalaman, ilmu yg kami tambah dari pembacaan atau pun kursus. Tapi untuk satu pembelajaran...samada hanya jadi bidan terjun' atau paksa rela....kita kena ambil tanggungjawab dengan dedikasi....kalau pelatih ada satu buku rujukan..biarlah cikgu ada 5 buku rujukan....
....
Ilmu kena cukup sehhh...baru ada keyakinan, komunukasi kena berkesan, pendekatan mestilah dapat mengusai suasana pembelajaran, biar ceria n fun...fun bukan funny...
...
ok cukup dulu...

cerita roti cana n mekah tu, len kali...
tengah merajuk...tak moh ingat2 lg...

Sunday, December 6, 2009

Disember 09

...
...
ikut plan aku, minggu depan cuti2 malaysia'...nk jnjalan, atau nak wat diri santai sesantainya, nak jer order bfast, lunch dinner...malasnya..nak wat hari malas sedunia...nak ada teko aladin...ada org suruhan basuh baju kemas rumah...
...
...
tapi esok ada ...kursus...mak ai..ujung tahun kursus..., ishh2 nnti nak isi borang prestasi..kosong pulak ruangan tuh...so pg jer lerr...saya yg menurut perintah, satu m'sia...hahaha...slogan baru!
errrr...nk bg ceria...seceria mentari hari ini...esok pakai baju baru...baju yg k 6' smpena idulfitri lalu....baru pkai sepasang....5 lg lum pkai!

...
esok juga bbudak' exam akhir' tahun 1...SVM. Kadang pelik gak, puas kita bg klu...jawap salah lg...salah guru kerr,atau ank murid yg bendul...aduhai
Ni kalau ada yg tak lulus...alamat kena wat kelas tambahan...tadah larr telinga tuh...
mesti lenguh rahang...bg xtra lecture! yg sebenar2nya...depo ni tak sepenuh hati...ke sini piihan terakhir...dpd duk perabih borgheh kat rumah....
...
...
Alhamdulillah...sbhgian basuhan dah bole di ambil n lipat, lepas asar nk k halaman...pokok2 bunga bnyak yg nk perhatian...ehh..baja pun dah tak berbaki...baja jerr ngn kasih sayang...Insyaallah pokok pun bole subur....
..
..
n3 mndatang, kesah haji lg...belum lg sampai Madinah...baru jerr lepas wat tawaf rukun...
nk cerita jugak makan nasi sedulang...nasi apa errkk?..nasi mandi kut..ejaan..mandy...nak gak cerita camana aku masuk restorant yg dipnuhi kaum adam...ishh apa aku kira...aku nk beli roti canai...bukan nk ngorat

...
...
ok..to be continue

Friday, December 4, 2009

DI RUANGMU AKU DI SINI [paparan tertunda hampir 2 tahun]

1219, Cordoba Barakah
Syare' Khalid Alwalid
Mecca al Mukarramah


penghujung Disember 07
...

Buat adikku yg jauh...

Assalamualaikum adinda Halil Munawwar

kakak catatkan di sini: betapa hati begini sayu...hiba...[dan air mata lah yg jadi bukti nyata... ]
...
...
saat ini kakak dapat rasakan...janjiNYA telah ditepati...Rahmat Allah semuanya...juga atas kasih sayangNYA...
...
di tanah suci ini....walaupun kekurangan diri tetap ada, tapi berganda lagi kelebihan di depan mata...NIKMAT ALLAH berlimpah ruah....sedang ....'hamba'mu yg ini.... selalu sgt kurang bersyukur....

sering saja menghitung apa yg kurang, mencongak apa yg belum diperoleh...
...
...
pun hingga saat ini ...kakak masih seperti mimpi....si kerdil' kakakmu, ada bersama jemaah yg berjuta ini...mengharung lautan manusia samada di dalam[tetekala solat , tawaf n sa'i] atau di lapangan masjid, malah di jalan raya menuju ke penginapan, ....bagai semut halus...berbondong, berduyun2...berbagai bangsa, berbagai warna...tapi satu tujuan...hanya mengabdi pada yg Esa...
...
siapalah kita...namun Allah beri ruang....dan kakak adalah tetamuNYA..., betapa besar etinya jemputan' istimewa ini...
...
...

Ada 2 3 perkara, kakk akan ceritakan nnti...[Insyallah akan kakak catat di halaman nurinnailofar]...bersama ini kakak titipkan bingkisan ole2...se waktu kakk pulang nanti Halil dah start mengajar, tntunya tak dpt nk sambut kakak....entah bila agaknya sampai ke BP...jauh juga AS-BP kan...
...
Dalam munajat...dalam kesyahduan rasa'... di mana jua di tempat suci ini...kakak tetap ingat adik' kakak...juga mereka yg kakak sayang. Semuga Allah kurniakan apa yg di hajati....asal saja kita bersyukur...redha dan sabar...

salam kakak pada famili; esp emak n ayah....


Kakak: nailofar a.k.a
tulip
*bingkisan telah kakak poskan ...tapi bukan dr Mekah...
dari sini jerr...
*catatan asal ada pada kakak; yg ini dengan gubahan

pic CL : Jabal Rahmah




...
...
3 pic ni pmndangan di atas jabal rahmah..tempat tumpuan ramai jemaah...bg yg ingin berdoa mendapat pasangan...kat sini larr tmptnya :) setau aku, tak pulak ia tersenari secara khususnya...[tapi kalau berdoa hadap batu...dah kliru tu..]

ini catatanku...dpd ustz yg mengajar semasa kursus hj 2007 yg aku sertai...
Tuhfah Mardiah...15 tempat yg dimakbulkan DOA...
1) tmpat tawaf
2) multazam
3) hjr Ismail
4) makam Ibrahim
5) di bawh pancur emas
6) telaga zamzam
7) tempat sa'i
8) bukit sofa
9) bkt marwah
10) padang arafah
11) muzdalifah
12) Mina
13)jumrah al ula
14)jumrah al wusta
15) jumrah al aqabah

ada tulisan besar: huruf C... CR ke CL...hahahhaa
mcm kat kuala KUBU...tulis nama atas batu

Thursday, December 3, 2009

RUKUN HAJI- SA'I




Ck possing, dah habis 7 kali ulng alik...tak rasa penat pun...

Sa'i -berjalan ulang alik diantara bukit safa dan marwah

Syarat2 Sa'i

1) di lakukan selepas tawaf...(rukun/qudum)
2) bermula di bukit Safa berakhir di bukit Marwah
3) cukup 7 kalidengan yakin dikira sekali dr safa ke marwah dan sekali dr marwah ke safa
4) hendaklah sampai kepenghujung tempat sa'i, di safa dan marwah
5) hendaklah sa'i di tmpat yg termaklum
6) tidak berniat lain yg bole memesongkan tujuan sa'i

sunat2 semasa mengerjakan sa'i

1) keluar ke tmpt sa'i dengan melalui pintu safa
2) menaiki bukit safa dan marwah hingga sampai batu2 bukit
3) mengadap ke arah kiblat dan mengangkat tangan serta bertakbir
4) berlari2 anak bg lelaki, tidak bg prmpuan apabila sampai ke tmpt bertanda lampu hijau atau
tiang hijau, dan membaca doanya.
5) berturut2
6) berwuduk
7)berjalan kecuali uzur boleh mnggunakan kenderaan
8) berdoa

Wednesday, December 2, 2009

TAWAF...syarat dan sunat2 tawaf...&....

pic ini, musim hj 2007...antara ramai2 tu...aku ada di situ...CK yg snap pic...dia dah sudah dah




TAWAF
adalah RUKUN haji ...

[rukun haji: 1) Niat 2)wukuf 3)tawaf 4)sa'i 5)tahallul 6)tertib pada kbnyakan rukun]


Syarat:

1) suci dpd hadas
2) suci badan, pakaian dan tempat dpd najis
3) menutup aurat
4) bermula dari hajaral aswad
5) menjadikan kaabah di sebelah kiri
6) berjalan, tujuan utk tawaf
7)cukup 7 kali keliling
8) di dalam masjidilharam, di luar hijr Ismail

sunat2 tawaf
1) berjalan kaki kecuali yg uzur boleh diusung
2) ber'idtiba'-bg lelaki, pada tawaf yg ada s'i
3) melakukan ramal-berlari anak dengan memendekkan langkah-tidak melompat, bg
lelaki pada keliling pertam ke dua dan ke tiga-pada tawaf yg ada sa'i
4) Istilam pd hajaralaswad dan mengucupnya, istilam pada rukun yamani
5)dengn khsyuk dan tawadduk
6)membaca doa dan zikir
7)berturut2 tujuh pusingan
8) solat sunat 2 rekaat setelah selesai ntawaf, dan sunat pula di belakang makam Ibrahim
kelebihan TAWAF:

seperti memerdekakan hamba
60 fadilat tawaf, 40 solat, 20 melihat kaabah


tawaf terbahagi kpd:

tawaf ifadah-rukun,
tawaf qudum-selamat datang
tawaf wida'-selamat tinggal
tawaf sunat
tawaf nazar

* sebelum niat tak boleh tawaf
sebelum tawaf tak boleh sa'i

tawaf ifadah'[rukun]



...
ini PIC MH selepas jemaah pulang dr MINA utk mengerjakan tawaf rukun...betapa ramainya...

CL...mohon kebenaran lg...ana copy pic ini yerr

perjalanan balik ke Mekah...selepas wukuf n melontar

...
selepas melontar utk hari Tasyrik k 3...13 dzulhijjah...kami pulang ke Mekah. Lagi sekali bersesak lerr, tapi bas memnag tersedia... cuma kan ramai yg nak cepat, belum sampai turn kna beratur...dah sedia beratur...sedangkan jemaah khemah depan pun belum bergerak...kami santai lerr...sempat minum teh...n rehat2..malangnyer...dah di punggah pulak karpet alas tuh...ada gak yg kutip botol plastik...
...
pergerakan bas ke Mekah lg sekali'macet'...jammed lerr...apa lagi. Laluan kkadang jd tersalah hala...agaknya lah...sbb nk elak jammed konon. At last...pusing pusing jer..dah nmpak menara masjidil haram..ttiba makin menjauh...cuak jerr hati aku...
waktu solat maghrib kian hampir, aku berdoa sungguh2...nak gak solat kat MH...
...
hampa lah jadinya, bila jalan menghala k MH dah sesak dgn jemaah, sdngkan kami masih dlm bas...mcm nk turun jer... n bntang sejadah...asal saja dapat berjamaah...hampa lagi...bila azan berkumandang, bas belum jumpa 'bas stop'...ni driver kontrak dr mana agaknya...tak fasih' lngsung jalan2 sekitar MH...aduhai...
...
emmmm...sedihnya sampai kini aku rasa....bila pnumpang di suruh turun di simpang jalan Khaled alwalid...iaitu simpang nak mghala ke MH dari arah Jabal kaabah... kena jalan...n bawa beg...
...
ku heret beg roda tabung haji warna marron...dengan kudrat yg ada...aku nak saja berlari...cpt smpai hotel..ada lar 1.5 km...tapi roda beg ku ada masalah...bukan pancit...tapi tak leh berpusing, bila ku heret...putang panting jadinya...
dah tntu mnghalang org belakang ku....

aduhai...ttiba....

"Hajjah ...mai saya bawakan beg tu...nnti ambik kat lobi..."

...
rasanya ada hadiah besar jatuh dr langit...[besar sangat' mcm iklan celcom tuh, malah besar lg besar sgt...]

Syukur ya ALLAH...ada hamba Mu yg baik hati...
Aku mengalirkan air mata lg... dan doa ku

'...murahkanlah rezeki 'haji' yg baik hati itu...berilah pahla yg berganda Ya ALLAH..yg maha pemurah...'
...
...
sesampai di lobi..., beg dh ada kat situ...tak ku temui hj' itu utk ku ucap... terimakasih..../ tq.../ kesuwun...utk sekali lg.

...
Alhamdulillah sempat solat maghrib...jemaah dengan teman2 di bilik sahaja...
n3 mndatang...kita ke MH utk tawaf n sa'i rukun..

Tuesday, December 1, 2009

tahallul...

...
...
selesai melontar,hari nahar 10dzulhijjah... kita bole bertahalul... selepas wukuf, samada melontar atau tawaf,...bolelah bertahalul.Menggunting 3 helai rambut, atau afdal mencukur seluruh kepala, kalau tak berambut...cukup lalukan pisau kat kepala...
...
...
Ustaz fikri, bole kut beri penerangan lbih...
..
..
selepas bertahallul, bolelah memakai pakaian biasa bg lelaki, tidak lg dengan pakaian 2 lembar kain tuh...[mcm tu pakaian tetekala dalam ihram...takkan tak menginsafkan...tak peduli awak tu siapa..tinggi mana pun kedudukan...bnyak mana pun bintang kerr pingat ker...tak nyer bole balut badan ngn 10 helai kain...]
...
Tak yah nak ego2...masa dlm ihram...org tau dah byak mana panau..bnyak mana pekung...hehehehe...

ishhhh...ayat ku bgitu POWER.

cakap pasal ego...
teringat akan kesah ..ego tinggi melangit.., semasa kami nak berangkat pulang,seorg pegawai tabung haji yg ku knal...bercerita, dah di ingatkan agar beg di ikat...atau di sarung...kalau kantung pun jahit elok2...agar tidak pecah ke terbarai kerr... kan pkerja akan punggah naik atas bumbung bas...dengan cara mereka, bukannya berlemah lembut... lagi2 kalau dipunggah ke atas lori...lagilah pulak... sedangkan semasa menolak teroli pun dah ada 2 3 buah beg yang jatuh...tetapi ada seorg jemaah menyanggah saranan pegawai tersebut, katanya,,dah bnyk kali dia ke luar negeri, tak pernah pun kena ikat2 beg...
...
ttiba mmng terjadi apa yg bagai di sebut oleh pegawai tadi....sebuah beg terjatuh ke bahu jalan dari troli yg sarat muatan...opssssssssssss!
terbarai isinya, aduhai segala cikadak terdedah,...cepat pegawai tadi memasukkan balik isi beg dan meinta aku dan CK menuggu beg tsbt, smntara dia membeli kantong...
...
sambil menjahit kantung yg di sarungkan itu..dia berkata...
...
"...ni yg saya cerita tadi, dah selesai haji...baru sampai Madinah ni...ego di kandar balik...dah bagi nasehat...ikat beg, konon keluar negara tak yah ikat beg...iyer larr pergi London ke Paris kerr..mana2 ker...seramai org pergi hj kerr...ishhh, sabar ajer lerrr..."

"sabar yer haji'...muga Allah gandakan pahala haji tolong jahit ini kantong.."aku berlawak...

muga saja..Allah beri ganjaran..

sok ada lg cerita ego...bapak ego pun ada...hahahhah

Monday, November 30, 2009

sesat' 2...lupa no khemah


inilah khemah...lorong tu memisahkan antara dua baris panjang , semuanya sama...cuma kena ingat nombor , tapi kem sebelah menyebelah pun cam ni juga



di pintu masuk setiap KEM...ada nombor...kem kami 85A... dan dalam kem ada khemah2..berderet2...pun ada nombor...[so setiap kem ada nombor khemah yg sama...kofius jugak...] di bhgn depan KEM tempat memasak dan disedikan paip air panas...ada gak tong2, yg ada di sediakan bersama kopi teh dan gula...di hujung khemah...
...
...
selain membaca quran solat sunat...atau berzikir berdoa...acara makan2 meriah juga...adakala Pak Syeh yg jaga makan minum menjengah juga sambil mengagihkan makanan...pagi selepas waktu subuh...b fast, kdg nasi lemak/konon...'pukul 10 ada juga ...kudap....indo mee...uhuhuhuhu...mana maggie'...di Mekah...Maggie jd sekali ganda hgnya. Hari pertama ok lg...hari ke 2...stok indo mi..semakin bnyak...CK ank sedaraku ...memakannya spt kropok jerr...se enaknya kami hargai rezeki...

di waktu2 begini...ada saja episod2 mengharukan...

1) ttiba saja seorang nenek tua...kepenatan terus sahaja duduk di pintu khemah, tak terurus di buatnya, maklumlah..dari bilik kecik aka tandas...mnuggu giliran satu hal...rupanya sesat...mencari khemah....kesiannya. Aku mengalirkan air mata lg...sambil membantu apa yg patut...agar nenek dapt mengingati nombor khemah...ada juga yg sukarela...mmbntu nenek trsbt mencari teman2nya...aduhai. Memangla ada di lekat sticker kat beg kecil atau kad yg di pin di telekung...tapi k tandas...kan tak bawa beg...juga tukar telekung dgn tudung lain...

2) bertanya arah khemah, at last kita sama sesat...CK pernah memegang berus gigi n ubat gigi, berselipar tandas...berkeliling mghantar jemaah warga emas yg mncari khemahnya... berjalan sambil mencari meneliti nombor khemah semakin mnjauh dr khemah sndiri...lalu CK ambik keputusan hantar nenek tu k pjbt t haji yg berdekatan...CK pun keliling 4 5 kali juga nak balik k khemah...
sesampai di khemah...terus jerr terkedang kepenatan...campur g balik melontar...mahu tak 6 7 KM marathon ...hahahaha

...
cukup 2 contoh noooo....
ada lagi...bersambung

sesat...nak ke khemah, tapi menuju ke Mekah

...
...
Di MINA, kami di tempatkan dlam satu bangunan khemah yg besar, pembahgiannya setiap kumpulan 16 orang, nama siap di gantung kat area kita...tetapi kalau berhadapan pintu, kenalah ada rizab' utk jalan...maka sempit sedikit area kami...tidur berkerikut...sbb tak dapat luruskan kaki, dpd di pijak org yg lalu lalang...lbih baik dibengkokkan...
...
Mlm ke 2, kami ubah kedudukan, sbbnya bhgn kepala lebih rendah, so pening jadinya. Tapi masih tetap sediakan rizab utk laluan...bestnya berhempet2..ilang sejuk..., ada makcik tu kecik jerr, so dia tak guna bnyak space. Alhamdulillah...
...
yg nk jadi cerita...makcik di kejirann' ku...., rupanya hari tu...mereka marathon...hampir2 sampai ke Mekah. Dek kerana hilang Muhammad pembawa bendera...siannya...terkopak kasut makcik tu...aku mengalirkan air mata melihatnya...aduhai.... di manakah anak2nya...saudranya...dia dah tua...dan temannya dah tua juga...saat itu aku benar2 bersyukur..dapat menunaikan rukun ke 5 ini di kala usia agak muda larr jugak...masih bole larr nak berlari...

...
keasah makcik ni sesat...apabila jalan utk pulang ke khemah di pesongkan kerana laluan yg belah bawah sesak...si pmbawa bndera hilang arah...menyelit2...dan warga emas agak keliru bila Muhammad pun dah jadi gabra. Aku cdngkan Muhammad bertanya pada rakan sebangsanya...masa ini ramai yg bawa haluan sndiri...sdng aku yakin jalan yg sepatutnya bertentang arah...kalau di ikut Muhammad akan ke Jamrah semula...bila aku yg buat2 pasti arah ada 2 3 jemaah ikut aku..tapi kakak ni lupa nombor khemah...aduhai..yg muda mcm tu...yg tua lg lah pulak.

alahai....

Sunday, November 29, 2009

jumrah al Qubra...

...
hari 10 dzulhijjah hanya melontar satu jumrah sahaja...., selepas membaca doa...kami bertahallul. menggunting 3 helai rambut...bg wanita.... alhamdulillah. sebahgian dpd pantang larang dlm ihram telah di bolehkan...
...
...
Yang ini kena ustaz beri ceramah yer...
...
esoknya...11 dzulhijjah...jemaah akan melontar 3 jumrah....
semasa kita mula-mula ke jamrah itu...pastikan papan tanda...kalau hari semalam hanya satu dan kedudukan jumrah itu paling hujung...so hari ke 2...kenalah bermula dr jumrah al sughra.., wusta dan akhir al Qubra...
mesti dlm ceramah...pembelajaran berulang disebut...malah ada praktikal lg...

ada juga kesah yg terjadi.....

kakak dan abng' ni....pg melontar, lebih awal dr aku..., mereka suka yg awal2...naik bas awal...nak balik awal...entahlah...shoping pun yg awal...
...
sesampai di khemah...dia kata budak yg bawa bndera tu jalan terus ...so dia pun terus jerr...berhnti kat jumrah yg semalam...melontar satu jerr...katanya'{tak pasti sapa yg kata} tak leh pusing balik...
...
...
dah pnat pg balik...dah urut2 kaki, nasib baik tak sesat...[ada cerita sesat next n3]
ttiba lontaran batal'.....uwaaaaaaaaaaaaa siannya
...
g jumpa ustazah, gitu gini....
kakak dan abang' tu
kena buat sekali lg esok hari...mknanya kena buat lontaran...untk 11 dan 12 juga...
14x3....42 butir batu...
.....
kutip batu lg...kutip jgn tak kutip...

nnti bersambung

melontar jumrah

...
...
ada yg keliru...tentang nama
jumrah al ula....=SUGHRA
jumrah al wusta=WUSTA
jumrah al akabah= QUBRA

SYARAT2 MELONTAR;

1) dengan 7 biji batu
2) melontar dengan sempurna
3) melontar tidak dengan tujuan lain
4) melontar dengan batu atau sejenisnya
5) masuk batu dengan sempurna ke takungan jumrah dengan yakin
6) melontar dengn gaya melontar
7) melontar hendaklah dengan tangan
8) tertib harielontar
9) tidak boleh melontar utk org lain kecuali telah melontar utk dirinya.


Sunat2 Melontar

1) batu kecil2 spt kacang tanah/pol-makruh dgn batu besar
2) dengan tangan kanan-memegang antara jari telunjuk dan ibu jari..bg llaki, dibolehkan seolah2 nmpak ketiak...tidak bg pompuan
3) mgadp kiblat, kcuali al aqabah
4)bertakbir...
5) berdoa' selepas melontar....
...
...
ada jemaah buat aksi ala2 lempar cakera, aduhai...batu kecil sahaja...cukupla seolah2 nmpk ktiak, bg llaki tak yah pun angkat tinggi...wahai kaum wanita, bersopan juga waktu melontar...ingatlah kita bukan nya menghambat musuh...sampaikan lari ala lari jarak dekat, siap angkat tangan tinggi2...
bersabar, biarkan kumpulan di hadapan berundur...depo hnya baling/lontar 7 batu..berapa minit sahaja...
...
...
begitulah adanya...
n3 mendatang..tahallul....
...
siapkan gunting dalam beg kecil....
*batu eloknya buh dlm uncang....lebihkan batu manalah tahu...lontaran tersasar.

perjalanan ke jumrah....




2 pic CL' =copy, pmndangn spnjang k jumrah...khemah sebegitu rupa...

melewatikwasan perkhemahan persendirian itu, kami dapat melihat betapa ramainya perhimpunan ini, selain khemah yg di sediakan...yg melaut dengan khemah putih berpuncak tinggi, di sepanjang jalan juga....dan semakin dekat dengan tempat melontar...di teres bukit ,mereka mndirikan khemah...macam kita g camping tu....

...
teringat Heikal, yg teringin sgt khemah yg hg rm 29 tu, nk tunggu camping sekolah buat lambat lg katanya...
emm... kalau selepas habis waktu melontar msti mnmbah lg timbunann sampah nih...waktu ini sampah dah mula tidak ter'muat tong...
...
sesampai di satu persimpangan...ada mcm simpang 3 tetapi agk celaru juga...ada papan tanda...kita kna lah peka jalan2 ini...[sambil bertakbir dan zikir]....jngn semata2 ikut org atau pembawa bendera...karang lain jadinya...

hari itu...hanya melontaar JUMRAH AQABAH..... perjalanan dr khemahku kurang lebih 2 km...tapi tidak pernah rasa penat...malah pnuh dengan rasa syukur teramat...rasanya lg jauh lg bnyak kita bertakbir bertahmid...berdoa..berzikir.
...
melaut manusia....bergerak satu arah...di kanan pula dipisahkan pagar dan kawalan askar'-mereka yg selepas melontar....bergema takbir, berbagai warna pakaian, berbagai fesyen'...paling nyata jemaah indonesaia...mereka mmakai sut warna hijau kebiruan...di mana2 ternmpak warna ini...kbnyakan nya muda2...
...
menghampiri terowong rasa macam ala2 kagum', btapa kemalangan yg pernah terjadi satu masa dahulu... memang pun kalau tiada penghadang, mereka akan ikut dan'...
...
di sini telah ada papan tanda besar....menunjukkan tempat melontar...di mulai 'jemarat al aula... al wusta....dan di hujung sekali al aqabah....
...
kumpulan demi kumpulan akan melakukan lontaran 7 butir batu, dengan segala adab dan caranya...
...
hari 10 dzulhijjah hanya melontar satu sahaja...iaitu jumrah al aqabah..., dan tahallul...seterusnya pulang ke khemah...

...
n3 seterusnya; tatacara melontar...dan ragam jemaah yg kita lihat

Saturday, November 28, 2009

kenangan menggamit lagi...MINA 1428H

saat aku menaipkan ini...masih hari Tasyrik...hari melontar ke 2 bg jemaah yg menunaikan fardu haji...masih di kira waktu2 kritikal...bukan kerana suntuk masa, tetapi selalunya mereka akan di sarankan utk tidak keluar di waktu afdhal...kerana waktu ini semua bngsa' jemaah akan mengejar keafdhalannya...jadi untuk keselamatan, jemaah dr Msia akan di bawa melontar eg; sebelah malam pada hari 10 dzulhijjah... Ada juga yg keluar berkumpulan atau bersaoragn untuk melontar di waktu afdhal...namun rasanya kalau warga emas usahlah...terlalu ramai...
...
...
hari nahar-raya korban...10 dzulhijjah...
Jemaah khemah ku di arah berkumpul di jalan hadapan khemah utk melontar...masing2 dengan muhrim atau yg setarafnya'....kami berbaris2 mcm acara perbarisan, n pembawa bendera Msia juga no khemah...berada di hadapan....budak jerr...
...
...
berambut ikal, kulit hitam ngerlip...bajupun t shirt shaja...selipar jepun nmpak senget2 akibat jalan menyeret, masih baru..mbe baru belajar memakainya...dr Sudan agaknya, berusia dalam 16 tahun...
...
Muhammad...gelaran utk mereka, sapaan demi sapaan...yg tk pernah di fahami...dan jemaah yg murah hati cepat jer menyisipkan riyal ....kan ke bagus kalau Muhammad pakai baju melayu...bnyak poket...hehehee
...
kekadangh Muhammad menoleh kpd Jemaah, senyum mmng jarang menghiasi wajah, tp bila di usik dan bnyak yg menmpakkan kemesraan...wajah kian lembut dan kkdang tersenyum.

Jemaah muda tak sabar nak mendahului perbarisan, dan kekadang juga menyaingi Muhammad...langkahnya jd tak kruan...
'ehh jngnlar bersaing ngn Muhammad, dia gelabah...kan dia mcm pgntin lelaki tu...mana dia pgntin pompuan nyer...."
...
hahhhaa...ke situ pulak...Muhammad berjalan mcm pengantin larr...sbb kena ikut rentak' perlahan2 kerana jemaah-kumpulan lain... di depan pun perlahan...
...
...
'Muhammad akan dapat pgntin pompuan cntik jelita di syurga, dan dia akan jadi putih merah...paling tidak hitam manis nnti'....

antara ayat2 yg kuar ttkala perbarisan belum beraura 'JUMRAH'...masih di perbukitan yg ramai di huni warga2 sekitar ...yg memasang khemah2 diatas pasir...dan ada yg lena...dan ada juga yg rehat2 sahaja.
...
bersambung....
bila nnti telah melepasi terowong muassim...

Friday, November 27, 2009

dr Arafah ke Mina...CN 1428H

dah melepasi waktu tngahmalam...menuju bas utk k MINA...di sini..ibarat 'titian sirat'..masing2 dengan urusan sndiri, sampai ada yg berebut bas...dan rezeki masing2 ...ada yg samp awal... dapat bas lewat...malah lewat hingga matahari mula meninggi...perjlann k MINA baru bermula...
sesampai di Muzdalifah,...belum separuh pun...semakin lama semakin ramai ...ttiba terdengan 'beri laluan_air panas..air panas...' suara siapakah...ehh wahid senario...hehehee
masih di Arafah, dengar ustazah bg penerangan, bas akan datang...jemaah tak usah berebut...



sementara tunggu bas, smpat CK possing...



di dlm khemah -Arafah...syahdunya, menjelang waktu solat, teringat imam:ustazah dr pontian



ini MINA, b4 hari nahar....lawatan sebelum hari puncak...[wukuf]




kenangn...CN=cik nailofar
CK=cik Kiah
musim haji 2007M

Thursday, November 26, 2009

Mekah hujan lg.........25 Nov 09

sempat berpayung...hujan lagi, myambut hari tarwiah
hujan separuh lebat...


main hujan...CL n d geng...main hujan juga...

di kejauhan...hujan lebat tuh...syukur... hujan rahmat



sebelum wkuf-isya' terakhir...