Tuesday, October 7, 2014

...
doa hari Arafah
Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku pohon akan dikau dengan kemulian zatMu, dengan kemurahanMU yg kekal abadi, dengan segala namaMU yang Maha Besar dengan apa yang diturunkan ke atas nabiMU sayidina Muhammad saw dan sekelian saudara2nya daripada nabi2 dan rasul2 serta keluarganya sahabat2nya dan sekelian pengikut2 mereka daripada golongan ulama' yg beramal, wali2 yg sole dgn kehormatan, di hari yg mulia ini bahawa Engkau memberi rahmat keatas nabi Muhammad , bhawa Engkau ampunkan kami, kedua ibubapa kami, anak2 kami, saudara mara kami, sekelian kaum keluarga kami, guru2 kami shabat handai kami, mereka yg berbuat baik kpd kami, mereka yg mmpunyai hak ke atas kami, mereka yg kami zaliminya atau menyakitinya, dan kepada sekelian org2 islam lelaki dan perempuan samada yg hidup atau yg mati, Engkau memberi rezeki dan kebajikan kpd kami dan mereka itu dunia dan akhirat dan Engkau pelihara mereka dpd segala bencana, engkau jauhkan dpd mala petaka dunia dan akhirat. Bahawa Engkau kurniakan kpd kami dgn ilmu pengetahuan yg berguna dan amalan yg soleh. Engkau peliharakan kami dpd perbuatan2 jahat samada dpd manusia jin binatang yg buas dan lain2nya, Enkau matikan kami dan mereka itu dlm khusnul khatimah, Wahai Tuhan kami berilah kami di dunia ini kebaikan di akhirat juga kebaikan. Pelihaaralah kami dari azab neraka, selawat dan salam ke atas nabi Muhammad dan keluarganya shabat2nya ..maha suci Engkau Ya Allah dpd segala sifat kekurangan, salam sejahtera ke atas sekelian Rasul2 dan segala pujian itu tertentu kpd ALLAH yg memiliki sekelian Alam....
Amin amin Ya Rabb...
U

No comments:

Post a Comment