Monday, September 9, 2013

yang rapuh~~ versi pengenalan


...

Dalam gerimis yang sedikit lebat, aku redah jalan memasuki kampung itu. Kedudukannya tidak sukar dicari kerana ia terletak di lauan utama jalan yang menghubungkan pekan Ayer Hitam dan bandar Kluang. Selepas masjid, lorong kedua itulah laluan masuknya, tetapi kalau ikut sahaja lorong masjid bole juga tembus ke kampung yg dimaksudkan. Aku berhenti di sebuah rumah di atas bukit, rumah teman sekolahku yang akan membawa aku ke rumah 'watak' cerita  yang bakal ku kesahkan ini.

Ohh, alahai ...TEMANKU masih bersiap...aku menunggu di jalan kecil masuk ke rumahnya..., comelnya...hmm cantiknya lanskap rumah kawanku ini...memang dapat award kalau masuk peraduan landskap tercantik perengkat mukim. Ada bangku kayu di samping buaian yang digantung pada pokok rambutan. Di teduhi naugan pohon rambutan yang sedang meranum. Kemudian mataku terpukau dengan kesuburan pokok-pokok keladi dan puding. Seakan aku melihat banglow di atas bukit, ada tangga di bahgian sisi rumah dihiasai pokok pasuan,  semuanya nampak segar bugar. Di sudut kiri ada pokok mahkota dewa yang sedang berbuah, sedang disebelahnya ada pokok sakat 'bird nest'...yg dibiarkan rimbun di dahan rambutan yang sudah kering. Belum puas menikmati pemandangan indah aku terkejut dengan temanku yang dah terpacak ditepi tingkap kereta sambil mengetuk cermin tingkap...
[..nasib baik temanku ini biasa2 jer, klau dia bersolek ala opera...mahu aku terkujat]



Alhamdulillah semangatku tidak terus terbang ke tasik yang akan kami tuju sebentar lagi...seandainya begitu...ceritaku lain jadinya...


@rumah kayu di atas bukit

No comments:

Post a Comment