Thursday, March 17, 2011

CYK4~~CD'Beijing

...
cuti persekolahan yang hampir tamat, aku menfaatkan untuk membawa Dhiya menziarahi saudara mara dekat... memperkenalkan Dhiya sebagai isteri. Majlis di rumahku cuma sambutan ala kadar kerana akan menjemput nnt ke kenduri semasa cuti bulan March.... itupun tak lah secara besar2an cukup majlis sederhana sekali dengan majlis walimah adik perempuanku.

...
...
Semasa ke rumah sepupuku..>tak jauh dari daerah ku juga....dan sewaktu aku besalaman dengan Pak De...Dhiya mencuit ku...

"ini rumah rumah sepupu Abang, Pak De ni ayah saudara abang ye?'' dia bersuara perlahan, aku terkesan dengan getar pada suaranya..

"Iye sayang, ini rumah Haikal...anak Pak De yg belajar di UTHM, Batu Pahat...kenapa" aku tatap matanya...

"Tak ada apa..." Dhiya segera mengalihkan pandangan...

Ada sedikit perubahan di wajah putih melepak isteriku...memang dibanding dengan aku...beza jauh, sbb aku tak mahu nak berapa cerah...kalau sental dengan clorox pun...kelabu jer jadinya...
Dhiya putih mulus...mukanya bulat....mata pun bulat mcm...p a n d a...panda...ohh mcm pan cake!

Haikal yang juga tengah bercuti semester tiada di rumah...tak dapatlah nak berborak pasal motor besar dengannya, dia minat sangat motor ku...dan cita2nya setelah habis study dan bekerja dia akan beli motor besar dahulu...baru lah nak kahwin... Iyer ker Haikal...cakap jer ...cinta belum mari... dan masa tu dia akan konvoi dengan ku menjelajah semenanjung, ke selatan ...jumpa umi... Umi yg jadi kenalan di Facebook...belum bersua muka...tapi mcm dah kenal berabad lamanya...

Rupanya ketiadaan Haikal semasa aku ke rumahnya...mngundang BALA ...bala pada Dhiya, dan mala petaka padaku....

No comments:

Post a Comment