Tuesday, April 13, 2010

nasi ambeng: lauk pauk n cara hidang


lauk wajib:
ayam..., atau ikan..., selalunya ayam masak kicap, masak merah atau kari...tetapi tidak disertakan kuahnya. Malahan ada sejenis masakan untuk seekor ayam...ha...tergolek seekor...masak ungkep...siap dengan organ dalaman yg dah di perap dengan bumbunya...ayam tu di ikat n di masukkan ke dalam periuk yg elok muat, di reneh dengan api perlahan, dan sedikit sahaja kuahnya. untuk sedulang nasi 4 org makan, selalunya seeokor ayam di bahagi dua, untuk menyenangkan sekarang ni ayam siap2 dah di potong.

yang wajib juga:
sambal goreng jawa: mesti khusus ada ciri kejawaannnya...bahan biasa, tempe, tahu, suun, kentang...cili hijau n merah...kicap juga. Resepi lengkap akan ditempek kemudian.

lauk lain...
mi...di masak ikut selera, selalunya guna mi kering...rencahnya mesti ada udang dan daun bawang segar... sbg bahan tabur.

mi hun...
selalunya di masak kuning simple jerr

urap: atau kerabu...

samada pucuk ubi, meranti atau daun pucuk betik...mesti berperisa cekur...kelapa disangai dan bawang serta lain2 rencah digoreng, akan ada aroma tersendiri.

eksesori wajib:
serunding... ada yang versi asal, nnt akan di cari resepinya.
ikan kering...selalunya ikan kering bulu ayam yang di goreng bertepung...rangup
telur masin atau telur dadar...bole saja digandingkan...
ulam boleh di padankan...dan kuah disediakan asing...eg sup atau kari...yg bestnya..sup tetel atau tulang....

cara menghidang:
nasi diisikan ke dalam dulang..., kemudian dialas dengan daun pisang dipotong bulat-dikenali sbg samir'...mcm nama hero hindustan yer...lalu disusun lauk2 tadi...daya kreatif perlu juga..hehehhe
...
atau spt dlm pic tu, di gunakan takir' utk isi lauk pauk selain ayam yg diltak ditengah2 nasi.
-takir tu daun pisang yg dibentuk seperti bekas kuih tepung pelita
selesai majlis tahlil, hidangan akan dibawa ketengah majlis kemudian dibaca doa...sehidang untuk 4 orang, dan disertakan pelastik pembungkus...makan ala kadar atau sampai kenyang...bakinya bole dibungkus...atau kalau dah habis bersih...alhamdulillah...senang basuh dulang tu nanti

cara makan begini lebih berkat...dan nasi yg dibungkus untuk dibawa balik tu...pun dikenali sbg berkat'
...
yang tersirat:

apabila bapak2 kemajlis kenduri, samada tahlil , majlis berkhatan, atau akikah/beri nama, atau apa saja...ada ole2 yg dibawa utk yg di rumah....dan bapak2 tidak lah tamak sangat sampai habis sedulang tu...hehehehe

ada beberapa aksesori yg bole dijadikan tanda majlis tu sbg ksyukuran menerima cahaya mata, atau untuk kesyukuran akan' mendapat baby, malah majlis tahlil kirim arwah juga...umpamanya

*kalau ada urap-untuk majlis mendapat cahayamata...majlis tahnik/beri nama
*rojak-campuran nenas limau bali, belimbing..putik nangka...itu maknanya akan mndapat baby...
*ada serabai'...sejenis lempeng...itu majlis kirim arwah...

begitulah ibu2 dan bapak2...

*sumber informasi: jiran2 veteran di kg ku

2 comments:

  1. cikgu2 kat sk yang kelate pun mkn nasi ambeng..banyak lauk rm2.50 je. Kat sk aa mana de kantin beli kat mak cik tepi jalan je.

    ReplyDelete
  2. salam...nasi ambeng dah jd komersil, murah sgt tu..kat sini pun rm4.00...ala kalau nak jimat bawa bekal..hehehehe

    ReplyDelete