
Dulu....
akulah yang pertama apply cuti untuk balik raya, aku juga paling lambat naik kerja semula selepas hari raya...bos dah cukup maklum perkara itu.
Kini...
Akulah yang terakhir meninggalkan tempat kerja, akulah yang mengunci bilik dan memastikan semua OK. Selepas 2 hari raya aku dah berkira2 nak naik kerja semula...bukan kerana rajin, tapi memang itulah hakikatnya bila tempat kerja tak
berapa KM sangat jaraknya. Ditambah dengan azam yang satu ini...aku akan memulakan puasa enam secepatnya...maka minggu depan aku cuma apply cuti sehari sahaja.
...
...
Tapi minggu berikutnya aku bercuti, menyambung cuti2 malaysia. Turun ke Bangi atau Kl...2 3 hari beraya disana. Ini plan 1, kalau tak jadi...jalan-jalan juga mugkin sampai kemelaka shaja....
...
Kalau tak jadi juga...duduk rumah, menghabiskan puasa 6 yang dah bercucu jadi puasa 9....hehhehehehe
....
Naik kerja ada sambutan hari raya, makan-makan, dan minggu berikutnya...ada exam yang perlu di awasi...menyediakan bahan2 dan memantau sessi amali.
...
...
Hari ini dah pun 25hb Ramadhan...kalau dulu beg besar telah redi diangkut...telah berkali juga tiket bas diteliti...
kini.....
aku mencongak...baki yg sedikit ini...masih mampukah kuraih .....
aku mengharap akan bertemu ramadhan lagi
aku menggapai keampunanMU pada ku yang sering lalai
dan
aku pasti menjadi perindu lagi...
No comments:
Post a Comment