Tuesday, July 21, 2009

Pasangan bahagia...sepanjang hayat



Setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga pastinya menginginkan sebuah perkahwinan yang aman sejahtera sepanjang hayat. Namun begitu...bak pepatah sedangkan lidah lagi tergigit...>hingga akhir ayat...
...
Memang ada kebenaran melalui pepatah tersebut kerana untuk mencari keserasian dalam hidup berpasangan, ia sebenarnya mengambil masa untuk mengenali 'TRUE COLOR' pasangan masing-masing,
Usah di kira berapa ramai pasangan yang musnah mahligai bahagianya ditengah jalan lantaran wujud rasa tiada keserasian lagi antara mereka.

PERKAHWINAN BUKANLAH SATU JANGKA MASA YANG SENGKAT MALAH PERKAHWINAN YANG DILANGSUNGKAN SEBENARNYA MENANDAKAN PENYATUAN SEPANJANG HAYAT.Tidak kira samada anda telah mendirikan rumahtangga selama 5, 10 atau 25 tahun, usah ambil mudah zon selamat dalam sesebuah perhubungan. Mugkin sudah menjadi trend perceraian di usia awal perkahwinan dan senja semakin kerap dilaporkan. Dimanakah hilangnya rasa cinta selama ini....

Berikut diperturunkan beberapa tip mewujudkan pasangan bahagia di kalangan pasangan SUAMI ISTERI...


SALING MEMAAFKAN ANTARA SATU SAMA LAIN...

Manusia memang tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan, samada kecil atau besar...perkataan maaf haruslah terungkap dari bibir menandakan keinsafan untuk tidak mengulangi lagi...mungkin agak sukar,tetapi kemaafan yang terindah lahir dari ketulusan hati tetakala mengungkapknanya. Apasalahnya sesekalimmembunag perasaan EGO untuk maaf memaafi antara suami isteri. Kesabaran manusia ada tahapnya dan gunakanlah kesempatan bermaafan selagi ada peluang sebelum kesalan menjadi permainan hidup.

BERTOLAK ANSUR MEWUJUDKAN PERSEFAHAMAN....

Sifat memahami dan bertolak ansur di dalam kehidupan seharian sebagai suami isteri amatlah penting untuk memupuk sebuah keluarga yang bahagia. Bertolak ansur dalam apajua perkara amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang masalah lain timbul. Ia juga mampu mewujudkan suasana harmoni di dalam rumah tangga dan interaksi dua hala amat-amat diperlukan untuk mewujudkan persefahaman yang berkekalan.


BERSIFAT TERBUKA DAN BERTERUS TERANG...

Sifat berterus terang amat penting didalam sesuatu perhubungan. Begitu juga halnya dengan bersifat terbuka terhadap pasangan anda. Bayangkan sekiranya si suami mahupun isteri suka menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan pasangan secara tidak langsung ia akan merenggangkan lagi hubungan. Pastinya akan wujud perasaan curiga terhadap pasangan. Tidak semua rahsia suami atau isteri perlu didedahkan kepada pasangan terutamanya perkara masa silam pasangan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

SENSITIF TERHADAP PASANGAN

Kita sering mendengar pendapat bahawa wanita adalah individu paling sinsitif di dunia berbanding kaum lelaki. Kenyataan ini memang tidak boleh disangkal lagi. Itulah kelebihan kaum wanita. Oleh yang demikian sebagai suami tidak salah sekiranya mempunyai sedikit rasa sinsitif dengan keadaaan emosi dan fizikal isteri. Pelajari lenggok bahasa tubuh isteri anda agar segala keputusan yang bakal diambil adalah rasional untuk kedua belah pihak. Sesekali biarlah bahasa tubuh atau body language memainkan peranan dari ketajaman kata-kata.

MENGHARGAI PASANGAN ANDA

Menghargai pasangan anda adalah sesuatu yang perlu diwujudkan di dalam perhubungan. Sebagai contoh, suami perlu memberi pujian atas apa yang dilakukan oleh si isteri..ucapkan sayang dan terimakasih buat si isteri selepas penat lelah bertarung nyawa melahirkan zuriat sebagai penyambung kasih sayang antara suami dan isteri.Ada juga suami yang sukar menzahirkan rasa terima kasih. untuk suami seperti ini, tidak salah sekiranya anda ringankan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah pada waktu hujung minggu. pasti si isteri menghargai pertolongan anda.

BERI PERHATIAN

Kadang kala suami atau isteri memerlukan perhatian yang lebih dari pasangan masing-masing. Tidak kira walau sesibuk mana pun anda melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan....si dia usah dilupakan. cukuplah sekadar bertanya khabar melalui sms untuk menunjukkan kasih sayang dan sikap ambil berat yang mendalam. Bukanya nak perhatian 24 jam...tapi ingatan dan kata2 cinta menjadi penawar rindu..penghilang duka...penawar rindu<>

No comments:

Post a Comment