Tuesday, May 26, 2009

perkara yang perempuan tak sempat bagi tau...hehehehe

1) Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2) wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan)

3) Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya

4) Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!!!!

5) Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri

6) Cinta bermaksud kesetiaan , ambil berat,jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi

7) Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati

8) Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita

9) Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah

10)Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yanmg dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

No comments:

Post a Comment